Thursday, October 20, 2011

Sebelum Cloth Diapering

Rumparooz G2

Menarik kan warna CD Rumparooz tu?hehe..Actually, warnanya tu setanding dengan prestasinya yang baik..Walaupun harganya agak mahal sebab brand US dan pertukaran wang kita yang menyebabkan harganya agak mahal, tapi saya tak menyesal la beli. Rasa berbaloi2..hehe..

Apa perkara utama yang kawan2 perlu ambil kira sebelum ber'CD'?

Ini berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini ye..hehe >>>

  1. Paling2 penting adalah, babysitter kita tu rela tak upgradekan mind set dia untuk bertukar kepada CD? Sebab? Ramai kawan2 saya yang bersemangat untuk ber'CD' terpaksa lupakan hasrat tu sebab babysitter @ nursery tak nak handle CD. Leceh katanya..What??Apa la yang leceh..Sama je macam DD cara pakainya. Bezanya, CD tu kena la masuk dalam wetbag @plastik untuk parent tu bawa balik time ambil anak dia kan..Ape yang leceh?DD tu lg la teruk. Buat sampah melambak je dalam tong kan..So what??Tak faham la saya.
  2. Kawan2 kena tau, CD ni perlu dicuci. Actually boleh disimpan max. 2 hari. Tapi, saya tak simpan lama2..Balik keja terus cuci. Then masukkan dalam wetbag,sangkut kat pintu toilet. Esok pagi campak je dalam mesin basuh..Mana yang ada poo kena tenyeh sabun kat tempat poo tu. Urusan sental kita serahkan pada Mr Washing machine..hehe.Dan agen pembersih adalah Mr.Sun !hehe..Jadi, kalau kawan2 yang selalu outstation, perlu fikir2kan siapa yang akan cuci CD tu di rumah ye..
  3. Sikap rajin!!hehe..Sebab? Kalau tak rajin, macam mana nak cuci CD ni sebelum boleh masuk mesin basuh kan? Bila dah kering, kawan2 kena masukkan insert tu dalam poket (CD jenis poket), ada yang senang..we called it All In One (insert dijahit terus dengan covernya..).ni bila kering terus je pakai. Tak perlu masukkan insert dalam poket dah..Easy right??
  4. Budget..Beli sikit2 CD ni..ada je harga CD yang murah dan berkualiti. Kena try and error..Tapi AWAS!! Bila kawan2 dah tau serba sedikit tentang CD ni..hati2 la ye..Ditakuti akan ketagih asyik nak beli je..lebih2 lagi CD yang ada macam2 beautiful printed..Saya pun hampir terjebak.haha..Tapi, disebabkan kerjaya saya adalah QS..So, saya apply konsep beli hanya untuk fungsinya sahaja..Jangan merepek2..So, all my CD stash are solid colour. Tambahan pula, printed colour ni sedikit mahal. Tapi ada la terbeli 2 keping printed colour..Tu pun sebab ada diskaun.hehe..
So, itu la perkara utama yang kawan2 kena pakukan dalam minda masing2 ok.Saya suka cloth diapering sebab...tong sampah dekat rumah saya tak penuh dengan DD~..Sukaaa sangat2!!hehehe..Rasa bangga sebab tak menyumbangkan pencemaran alam..Go Green!!






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...