Time kat wad, nurse datang bagi baju, penutup kepala, pasang tiub air kencing, tiub air dan segalanya lah. Tangan kanan kena cucuk utk stand by masuk darah (in case) dan tangan kiri kena cucuk utk masuk air..Penuh dah tangan bila nak pergi toilet.huhu..
Dah siap semua, baca la segala doa yang terlintas dan yang dah hafal..Tapi,saya tak hafal sangat pun..Buku doa memang pegang selalu.(hehe..memang rajin!). Tak lama, husband sampai, termengah2..kelam kabut kan, dengan nak cari parkingnya (sangat crowded dan kadangkala tak ada parking langsung), jalan kaki jauh pulak tu.Kesian dia.hehe..Rasa lega sikit tengok muka husband walaupun tau tiada siapa dibenarkan masuk semasa proses bersalin nanti.
Borak2, datang pulak nurse Stemcell; Mizah..Ha, ape lagi. Dia terus amik darah saya dan bercerita la apa2 yang boleh hilangkan rasa gemuruh saya ni..Tengah sedap borak2, tiba2 saya terasa senak yang teramat dan agak sakit..Wah, contraction kali ni agak sakit. Selalu saya boleh control..Saya pun tarik nafas macam yang diajar dalam Antenatal Class tempoh hari..Em, boleh bertahan lagi la. Tak lama tu, masuk sorang nurse dengan sorang lelaki bawa troli..Gulp..Masanya!hehe.
Tup tup, saya dah bersalin..Bius habis memang terasa pedih dan sakit.Tapi saya alihkan mind saya ke benda lain..Tidurr!hehe..Sedar je, husband ada kat sebelah. Dia kata baby kena tahan sehari sebab besar dan ditakuti ada kencing manis. Em, ok la. Yang penting baby selamat dan ada orang jaga. Sebab, saya pun kena jaga diri yang berparut ni.hehe. Start tu, husband hari2 datang wad jenguk saya. Dah habis wktu melawat tengah hari dia pergi nursery tengok baby pulak. Pastu wktu melawat petang, lari ke wad saya pulak. Kesian saya tengok husband saya ke sana ke mari update status baby.
Lagi bertambah sibuk, bila baby kena tahan sekali lagi sebab jaundice. Saya dah boleh discharge.Em, kalau hari tu berulang alik dari wad saya ke nursery tengok baby. Kali ni, berulang alik dari rumah pergi nursery tengok baby dan bagi susu yang dah di pam..Kesian husband. Kalau saya boleh jalan, saya sanggup buat semua tu..Tapi,apa kan daya kan..Dan akhirnya, baby dah boleh discharge tetapi jaundice nya tak totally hilang..Kena bagi banyak minum susu ibu..Bila baby dah discharge, husband saya terus demam.Fuh..nasib baik semua dah settle baru demam datang. Cuti tahunan dia pun dah habis guna. Tak pelah. Ade la rezeki lain Allah nak bagi kan?Kita tak tahu ape akan terjadi..
Bila imbau balik semua ni, macam tak percaya saya masih sihat hingga ke hari ni. Padahal masa mengandung tu rasa seksanya tanggung sakit dan letih. Rasa macam nak behenti kerja pun ada. Nasib baik la semangat kuat lagi untuk bertahan..Betul kata orang, dalam keadaan macam tu. Perkara paling penting ialah..seseorang yang memberi semangat..Dalam kes saya, tentu lah husband saya!hehe..
Terima kasih Ya Allah kerana perancangan Mu yang teratur, tersirat dan terindah. Sesungguhnya inilah buah hati ku yang terbaik........
Semasa bercinta.hehe |
First time beraya as Husband. |
Semasa majlis bertandang. |
Semasa majlis bertandang. |
Outdoor session. Best!hehe Dan.........Tettttt..hehe..(*blinking) |
First time beraya as Daddy !! Both of you are my BEST SWEETHEART EVER....Love yo'lls..hehe |
0 comments:
Post a Comment