Friday, October 14, 2011

Demam oh demam

3 hari ni sangat2 letih dan penat..ditambah pula dengan bengkak susu..First time kena. Sakitnya tuhan je yang tahu..Sangat2 sakit. Itu lah padahnya terlambat pam..terlajak tidur 5 jam sebab food poisoning. Sekali terjaga, dah pukul 6.30petang..Adus!!Bengkak dan keras..Tuam dengan air panas (tapi pakai kain la.hehe) tak surut2..Sampai la malam membengkak makin teruk..Menyucuk2 macam jarum. Tahan jelah. Nak bagi baby minum lagi. Laagii la mencabar..Macam kena siat je kulit ni.Waaaa..huhu

2 hari bleh tahan lagi demam menggigil dan sangat2 sejuk. Ingat kena bentan,rupanya sebab bengkak susu. Tak tahan, badan sangat sakit dan bisa2. Terus jumpa doktor..Doktor bagi antibiotik, pil kurangkan bengkak dan paracetamol. Kalau dalam 24jam tak ok jugak doktor nak refer terus ke hospital sebab bengkak susu ni sangat bahaya kalau dibiarkan.Boleh kena operate..huhu..Takut!

Kat sini saya ada brief sedikit macam mana kita nak atasi pembengkakan susu ini.. Ini pun untuk makluman saya jugak. Kadang2 kita pun lupa kan?hehe. Jom layan..>>

  1. Mandi dengan air suam atau tuam dengan tuala/kain yang berhaba. Buat sedikit urutan pada kawasan yang bengkak dengan lembut juga dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.
  2. Makan ubat paracetamol max. 1000ml; iaitu makan 2 biji paracetamol 500ml. Ini dapat mengurangkan rasa sakit bengkak itu.

Apa itu Masitis? Apa tanda2 nya..

  • Tanda merah pada payudara, normally ia berbentuk segi tiga..(Haa..betul! saya kena..huhu).
  • Payudara rasa bengkak. (Em, memg nampak dah bengkak yang teramat.hehe).
  • Simptom selesema macam demam, sakit, tegang, letih, mudah emosional. (betul3x..tapi saya tak la emo pulak.hehe).
Lagi perkara yang boleh tolong kurangkan bengkak susu ialah :

  • Teruskan bagi baby susu badan.
  • Susukan baby sekerap yang mungkin.
  • Beri baby bahagian yang bengkak dulu.
  • Kalau ada simptom selesema must be cool and relax.
  • Rangsang aliran susu seperti bersenam, berus lantai, ayun tangan (ini kerana gerakan tangan kita membantu aliran susu).
Lega rasanya dapat info ni secepat yang mungkin lagi2 dalam keadaan kritikal ni. Thanks to Mr.Google. Semua nya di hujung jari, kan?hehe..

Harap2 cepatlah sembuh bengkak susu ni, sebab susu saya semakin berkurangan. Macam mana la nak supply ke babysitter hari2 seterusnya. Don't give up Syik! You can do it!! Yup..betul3x.hehe..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...