Betapa mulianya status kita (Ibu2 yang mengandung ye.hehe) dalam Islam..>>
- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Subhanallah..Pernah terpikir tak kawan2 bahawa setiap yang Allah ciptakan dan tentukan itu ada hikmah dan keistimewaannya tersendiri? Islam sangat indah bukan..Bersyukur kita dilahirkan dalam agama Islam. Mudahan keimanan kita terus bertambah dan menjadi bekalan untuk kehidupan hakiki di sana nanti..
So? Jom kita berusaha breastfeeding baby kita ramai2 sehingga usianya 2 tahun setengah..InsyaAllah.Amin! Jangan putus asa ye. Awal2 memang mencabar. Tak pe..kuatkan semangat, cari ilmu penyusuan sebanyak mungkin dari mana2 pelusuk pun, bertanya atau share masalah dengan kawan2 yang breastfeeding jugak atau join mana2 kumpulan susu ibu. Mesti hati gembira dan bersemangat bila tengok baby minum susu badan. Percaya tak? Percaya lah..betul ni. Saya sendiri dah rasa walaupun baru 2bulan 2minggu menjdi ibu to my Bambam..hehe.
Menjadi rutin saya untuk menerima dugaan yang menimpa sebagai cabaran. Mesti amalkan konsep "Kita mesti Berusaha, Tawakal dan Doa"..Kalau susu tak banyak jangan risau..Kita mesti berusaha sedikit demi sedikit, lama2 mesti menjadi..Selepas tu kita tawakal,means selepas ikhtiar dan mencuba pelbagai cara,kita confident dan think positive saja bahawa semua ni akan menjadi dengan izin Allah. Terakhir,of course kita berdoa. Setiap langkah kita seHARUSnya berdoa semoga apa yang direncanakan dan dilaksanakan akan menjadi. Jangan stress ye..
I Love Islam..
0 comments:
Post a Comment