Showing posts with label Husband. Show all posts
Showing posts with label Husband. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Buah Hati yang Terbaik : Part II

Em, bersambung kita..Hehe..

Time kat wad, nurse datang bagi baju, penutup kepala, pasang tiub air kencing, tiub air dan segalanya lah. Tangan kanan kena cucuk utk stand by masuk darah (in case) dan tangan kiri kena cucuk utk masuk air..Penuh dah tangan bila nak pergi toilet.huhu..

Dah siap semua, baca la segala doa yang terlintas dan yang dah hafal..Tapi,saya tak hafal sangat pun..Buku doa memang pegang selalu.(hehe..memang rajin!). Tak lama, husband sampai, termengah2..kelam kabut kan, dengan nak cari parkingnya (sangat crowded dan kadangkala tak ada parking langsung), jalan kaki jauh pulak tu.Kesian dia.hehe..Rasa lega sikit tengok muka husband walaupun tau tiada siapa dibenarkan masuk semasa proses bersalin nanti.

Borak2, datang pulak nurse Stemcell; Mizah..Ha, ape lagi. Dia terus amik darah saya dan bercerita la apa2 yang boleh hilangkan rasa gemuruh saya ni..Tengah sedap borak2, tiba2 saya terasa senak yang teramat dan agak sakit..Wah, contraction kali ni agak sakit. Selalu saya boleh control..Saya pun tarik nafas macam yang diajar dalam Antenatal Class tempoh hari..Em, boleh bertahan lagi la. Tak lama tu, masuk sorang nurse dengan sorang lelaki bawa troli..Gulp..Masanya!hehe.

Tup tup, saya dah bersalin..Bius habis memang terasa pedih dan sakit.Tapi saya alihkan mind saya ke benda lain..Tidurr!hehe..Sedar je, husband ada kat sebelah. Dia kata baby kena tahan sehari sebab besar dan ditakuti ada kencing manis. Em, ok la. Yang penting baby selamat dan ada orang jaga. Sebab, saya pun kena jaga diri yang berparut ni.hehe. Start tu, husband hari2 datang wad jenguk saya. Dah habis wktu melawat tengah hari dia pergi nursery tengok baby pulak. Pastu wktu melawat petang, lari ke wad saya pulak. Kesian saya tengok husband saya ke sana ke mari update status baby.

Lagi bertambah sibuk, bila baby kena tahan sekali lagi sebab jaundice. Saya dah boleh discharge.Em, kalau hari tu berulang alik dari wad saya ke nursery tengok baby. Kali ni, berulang alik dari rumah pergi nursery tengok baby dan bagi susu yang dah di pam..Kesian husband. Kalau saya boleh jalan, saya sanggup buat semua tu..Tapi,apa kan daya kan..Dan akhirnya, baby dah boleh discharge tetapi jaundice nya tak totally hilang..Kena bagi banyak minum susu ibu..Bila baby dah discharge, husband saya terus demam.Fuh..nasib baik semua dah settle baru demam datang. Cuti tahunan dia pun dah habis guna. Tak pelah. Ade la rezeki lain Allah nak bagi kan?Kita tak tahu ape akan terjadi..

Bila imbau balik semua ni, macam tak percaya saya masih sihat hingga ke hari ni. Padahal masa mengandung tu rasa seksanya tanggung sakit dan letih. Rasa macam nak behenti kerja pun ada. Nasib baik la semangat kuat lagi untuk bertahan..Betul kata orang, dalam keadaan macam tu. Perkara paling penting ialah..seseorang yang memberi semangat..Dalam kes saya, tentu lah husband saya!hehe..

Terima kasih Ya Allah kerana perancangan Mu yang teratur, tersirat dan terindah. Sesungguhnya inilah buah hati ku yang terbaik........


Semasa bercinta.hehe



First time beraya as Husband.



Semasa majlis bertandang.


Semasa majlis bertandang.





Outdoor session. Best!hehe




Dan.........Tettttt..hehe..(*blinking)
First time beraya as Daddy !!

Both of you are my BEST SWEETHEART EVER....Love yo'lls..hehe




Tuesday, September 27, 2011

Buah Hati Yang Terbaik: Part I

Syukur sangat2 sebb ditemukan dengan husband saya iaitu ; En Mohd Nasrul Nizam Detail. Dulu time bercinta memang la indah.hehe.Tapi memang dah tau pun yang dia tu malas sikit.Ops!Jangan marah ye bang.hehe.Tapi, semenjak terjadinya peristiwa itu..baru la saya sedar..Betapa sabar, kuat semangat, caring (phew..hehe) dan baik hati nyer suami saya ni..hehehe.Nanti ade org kembang lebih2 pulak.

Once dapat tau saya pregnant je, terus datang segala aura alahan. Muntah, pening, mabuk dan macam2 la..Segala makanan yg terindah dulu2 kini jadi paling tak best.huhu.Selama 4 bulan alahan tu ada..Dan paling tip top skali bila pitam dan kena tahan wad..Masuk wad 2 hari, pas tu discharge.Selang sehari pitam lagi.Dan terus kena tahan selama 17hari..wah..bosan yang teramat sangat di hospital.Tapi, badan lemah,tak boleh jalan atau duduk..Just baring jek.Sebabnya? Segala elektrolite dalam badan dah tak da. Bila duduk pun boleh pitam. Nasib baby dalam perut still ada movement dan jantung dia ok.Doktor pun kategorikan penyakit saya sebagai sawan (sebab ada sikit2 simptom.Tapi tak sawan pun.hehe).That time doktor cakap,apa2 terjadi kami akan selamatkan nyawa ibu dulu.Baby selepas itu.Sebab,bila saya asyik pitam.Akan menyebabkan baby kurang oksigen dan kemungkinan lemas.Sangat2 takut dengar time tu okay.(Tak nak la pape terjadi kat baby kan..)

Masa tu la, baru nampak betapa besar nya pengorbanan husband. Setiap hari berulang alik dari rumah-hospital-kerja..Tapi tak pernah merungut..Em,sedih la pulak tiba2.uhuk3..Dengan waktu melawat yang ketat (Hospital Sultanah Aminah,JB), kadang2 husband siap tidur dalam kereta @ kat Masjid Sultan Abu Bakar..kat sebelah je.Masa dan duit habis macam tu je..Tapi nak buat macam mn kan, sakit dan sihat tu datangnya dari Allah s.w.t kan.So,kenala terima dengan hati terbuka..Klu sihat kadang2 kita lupa..

Kandungan 7 bulan. Bersama my Superman!hehe
Lepas keluar wad, saya masuk kerja. Tapi memang tak boleh banyak jalan. Hari2 husband hantarkan. Ni pun pengorbanan dia yang saya tak boleh lupa..Balik keja shift malam terus hantar saya pergi kerja.Balik rumah masak untuk saya.Pastu baru tidur.Pukul 5.30ptg bangun ambil saya. Sampai rumah, makan2..siap2 pergi kerja pukul 7.30 malam..Kalau kerja shift siang, bangun awal pagi siap2 hantar saya dulu, baru pergi kerja..Petang pukul 5.30 @ 6.00ptg ambil saya kat office hantar balik rumah,then terus pergi kerja lagi..Pukul 9.00mlm sampai rumah, rehat2..mandi2..Pastu masak untuk saya bawa bekal esok kerja..Dan berterusan selama 5 bulan lebih..Sangat2 sabar dan tabah.Em..sedih.tak nak cerita lagi..Syik sayanggg abg!!(betul2 ni.bukan main2.hehe).


Penat.Kesian tengok dia tidur.Ni baru balik dari HSA. Tapi, ni selepas baby keluar.hehe

Dan saya hari2 berdoa supaya cepat la baby ni keluar..Mama dah tak larat nak menapak pergi kerja dah.Tapi, Allah ada plan yang lebih cantik dari permintaan saya..Sampai la EDD,baby masih tak keluar2..Lagi la saya give up.Perut dah makin besar.Jalan pun dah tak larat sangat2..Doktor suruh tunggu lagi 6 hari lepas tu terus pergi bilik saringan kat Hospital Sultanah Aminah.Tak boleh pergi lain tempat sebab saya dah ada kes kat HSA. So, tunggu la..Maternity leave pun dah amik.Rasa rugi sebb baby tak keluar lagi tapi cuti dah amik.Tak pe lah. Boleh rehat2 kan.hehe..

Hari yang ditunggu, pagi2 terus pergi HSA.Doa2 dapat la diinducekan hari ni.Masa tu,asyik doa supaya dipermudahkan bersalin jek. Sangat2 takut untuk tunggu saat contraction datang. Rupanya, kena stay satu malam. Esok pagi baru doktor masuk ubat..Haiihhh..(Lega sebenarnya.haha)..

Pagi2 lagi dah bangun. Doktor dan nurse pun dah round. Jam dah pukul 11pagi. Aik, betul ke nak induce ni? Kata pukul 6pagi..Risau sangat2.Sebab tak nak stay hospital lama2.hehe. Datang seorang doktor minta saya pergi labour room. Pakar nak check jantung. Ok!

Smpai sana, doktor check jalan dah buka 3cm.Tapi saya relax lagi..Tak rs pape pun. Doktor scan baby dan ukur perut..Wah,baby besar ni.3.8kg.ukuran pulak 44cm..baby awak besar ni. Tapi tak pe.Kalau awak nak normal boleh.Just follow cakap doktor masa nak bersalin nanti. Tetapi..risiko bahu tersangkut, bahu patah dan koyakan yang agak teruk kat bawah tu memg ada..Gulp!Menakutkan.huhu.Saya pun dengan confident nya cakap..saya nak operate la doktor.Boleh?Yes,boleh.Sebab you pun ada masalah jantung sket.(sejak bila la masalah jantung ni wujud.dulu2 ok jek.huhu). Ok, 4jam dari sekarang you puasa.Balik ni tukar baju.Haaa..terus nk operate ke..Yes,dalam pukul 4ptg kita akan panggil awk..Saya terus sms husband ckp kena operate.Datang sekarang..(happy sebenarnya sebb tak payah tunggu2 lagi nak bersalin.hehe).

Em,nanti saya sambung lagi ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...