Once dapat tau saya pregnant je, terus datang segala aura alahan. Muntah, pening, mabuk dan macam2 la..Segala makanan yg terindah dulu2 kini jadi paling tak best.huhu.Selama 4 bulan alahan tu ada..Dan paling tip top skali bila pitam dan kena tahan wad..Masuk wad 2 hari, pas tu discharge.Selang sehari pitam lagi.Dan terus kena tahan selama 17hari..wah..bosan yang teramat sangat di hospital.Tapi, badan lemah,tak boleh jalan atau duduk..Just baring jek.Sebabnya? Segala elektrolite dalam badan dah tak da. Bila duduk pun boleh pitam. Nasib baby dalam perut still ada movement dan jantung dia ok.Doktor pun kategorikan penyakit saya sebagai sawan (sebab ada sikit2 simptom.Tapi tak sawan pun.hehe).That time doktor cakap,apa2 terjadi kami akan selamatkan nyawa ibu dulu.Baby selepas itu.Sebab,bila saya asyik pitam.Akan menyebabkan baby kurang oksigen dan kemungkinan lemas.Sangat2 takut dengar time tu okay.(Tak nak la pape terjadi kat baby kan..)
Masa tu la, baru nampak betapa besar nya pengorbanan husband. Setiap hari berulang alik dari rumah-hospital-kerja..Tapi tak pernah merungut..Em,sedih la pulak tiba2.uhuk3..Dengan waktu melawat yang ketat (Hospital Sultanah Aminah,JB), kadang2 husband siap tidur dalam kereta @ kat Masjid Sultan Abu Bakar..kat sebelah je.Masa dan duit habis macam tu je..Tapi nak buat macam mn kan, sakit dan sihat tu datangnya dari Allah s.w.t kan.So,kenala terima dengan hati terbuka..Klu sihat kadang2 kita lupa..
Kandungan 7 bulan. Bersama my Superman!hehe |
Penat.Kesian tengok dia tidur.Ni baru balik dari HSA. Tapi, ni selepas baby keluar.hehe |
Dan saya hari2 berdoa supaya cepat la baby ni keluar..Mama dah tak larat nak menapak pergi kerja dah.Tapi, Allah ada plan yang lebih cantik dari permintaan saya..Sampai la EDD,baby masih tak keluar2..Lagi la saya give up.Perut dah makin besar.Jalan pun dah tak larat sangat2..Doktor suruh tunggu lagi 6 hari lepas tu terus pergi bilik saringan kat Hospital Sultanah Aminah.Tak boleh pergi lain tempat sebab saya dah ada kes kat HSA. So, tunggu la..Maternity leave pun dah amik.Rasa rugi sebb baby tak keluar lagi tapi cuti dah amik.Tak pe lah. Boleh rehat2 kan.hehe..
Hari yang ditunggu, pagi2 terus pergi HSA.Doa2 dapat la diinducekan hari ni.Masa tu,asyik doa supaya dipermudahkan bersalin jek. Sangat2 takut untuk tunggu saat contraction datang. Rupanya, kena stay satu malam. Esok pagi baru doktor masuk ubat..Haiihhh..(Lega sebenarnya.haha)..
Pagi2 lagi dah bangun. Doktor dan nurse pun dah round. Jam dah pukul 11pagi. Aik, betul ke nak induce ni? Kata pukul 6pagi..Risau sangat2.Sebab tak nak stay hospital lama2.hehe. Datang seorang doktor minta saya pergi labour room. Pakar nak check jantung. Ok!
Smpai sana, doktor check jalan dah buka 3cm.Tapi saya relax lagi..Tak rs pape pun. Doktor scan baby dan ukur perut..Wah,baby besar ni.3.8kg.ukuran pulak 44cm..baby awak besar ni. Tapi tak pe.Kalau awak nak normal boleh.Just follow cakap doktor masa nak bersalin nanti. Tetapi..risiko bahu tersangkut, bahu patah dan koyakan yang agak teruk kat bawah tu memg ada..Gulp!Menakutkan.huhu.Saya pun dengan confident nya cakap..saya nak operate la doktor.Boleh?Yes,boleh.Sebab you pun ada masalah jantung sket.(sejak bila la masalah jantung ni wujud.dulu2 ok jek.huhu). Ok, 4jam dari sekarang you puasa.Balik ni tukar baju.Haaa..terus nk operate ke..Yes,dalam pukul 4ptg kita akan panggil awk..Saya terus sms husband ckp kena operate.Datang sekarang..(happy sebenarnya sebb tak payah tunggu2 lagi nak bersalin.hehe).
Em,nanti saya sambung lagi ye.
0 comments:
Post a Comment