Showing posts with label Celoteh Nuha. Show all posts
Showing posts with label Celoteh Nuha. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Love spent time with Little Nuha Khalesya!

As salam semua,


Lama betul tak update tentang Nuha. Well, since dia semakin bijak dan lincah. Mama tk sempt nak update tentang perkembangan dia. Ouch! Bz with bisness actually.hehe..



5 MONTH


Time ni Nuha dah start nak bangun untuk duduk sendiri..suka buat 'sit up'. kelakar pun ada. haha.











Dan 1st cloth book mama beli kan untuk Nuha. She really love it sampai dok jilat2 dan gigit cloth book tu. 



 









Nuha suka senyum2 dan ketawa once someone balas balik renungan dia. Sometimes sian Nuha renung orang yg tak sudi nak tengok dia. Dia punya la senyum lama2, tp org tu tk tengok pun. Isk..isk.(Ni daddy dia yg selalu tengok tv tak perasan anak dara tengah renung dia).






Finally, we decided to buy a walker for her..Sebab, Nuha suka sangat menyusur sana sini. Agak letih nak angkat dia bawa semula kt tilam. Kejap2 dah kat bawah kerusi. Kejap2 dah bawah meja. Bukan mama yang malas ok,tp tak larat doh.hehe.





Yeppy! I want to go to schoolll!!






6 MONTH


Bulan ni la bulan yang mama tunggu2. Sebab? Nuha akan start solid food!! yeay!haha..Kenapa la mama pulak yang excited kan? Sebab nak tengok how my little girl mamam. hehe.




Start bagi puree pisang..em,sedap! sebab manis2 kan. So,macam mana respon Nuha ??





Nyam2 !!



Siap nak pegang sudu lagi.




Amacam Nuha? Terbeliak biji mata.haha. Terharu tau mama even just lecek2 pisang tu jek.kekeke.


Ini lah frozen food untuk Nuha.




Puree epal merah. Warna bertukar dah. Lambat sangat blend.hehe




Puree sweet potato & betik.




Puri betik ni kena buat banyak sikit sebab Nuha suka sangat!
Nak tengok muka HULK Nuha tak ??Eeeee.. ngeri. Serius !!hahah



 






Juga suka kacau daddy tidur.







Dan suka posing dengan bantal busuk yang tk de cover tu. Masem! haha





Sunday, December 25, 2011

I Love My Girl !!

Salam..

Hari ni my little girl dah berusia 4 bulan 15 hari !! Sekejap je masa berlalu..Dan dia dah besar sikit..Rindu pulak masa Nuha baru lahir dulu..Innocent je.hehe..Alhamdulillah, sampai hari ni Nuha sangat senang diuruskan. Dia pun makin pandai..

Mama guna laptop, dia pun nak..Isk,kanak2 zaman sekarang ni beruntung kan. Kecik2 tau ape tu laptop! hehe..This moment Nuha suka Upin & Ipin..Tapi tu pun sebb mama dia kasi tengok tu jek.haha..





Mama suka tengok Nuha pakai napkin kat kepala! haha..Comel jek..Besar sket nanti mama carikan tudung comel ye Nuha.hehe..Let's check it out gambar2 Nuha sebelum dia makin membesar nanti..hehe


































Friday, October 28, 2011

Pose special dari Nuha

Em, untuk buat cuci mata..mai la kita tengok pose menarik dari my bambam..Nuha sekarang aktif sikit. Tapi belum pandai roll over lagi lah..Dia sekarang sangat kuat bercakap..suka suara manja dia. Kadang2 kalau kita nak mulakan dia bercakap susah. Sebab mesti dia tengok kita semacam pastu tengok lain kejap2. Sikit senyum or pape mimik muka pun tak da..Dia tenung je kalau kita cakap dengan dia. Terasa macam "Eh, budak ni pelik ke tengok syik cakap?"..hehe..macam gambar ni..>>>






Then, bila dah besar sikit ni. Dia dah tau apa itu kamera!!So, sangat susah nak ambil gambar dia time dia senyum, ketawa or aksi2 yang best..Sebab? Kalau masa tu dia tengah senyum or ketawa dengan tiba2 terus hilang bila nampak kamera..Muka dia mesti serius jek. Lepas tu mata mesti bulat2..hehe..>>>













Tapi..Dengan kerjasama daddy nya, dapat gak ambil gmbar Nuha ketawa..weeeeee..Seronok..haha..>>>











 


Dan, bila Nuha boring..kami bacakan buku untuk dia..Eh, belek2 kan buku untuk dia sebenarnya.hehe..Bila dah habis, dia mesti happy then main2 dan kadang2 terus tidur..hehe >>>


























Happy tengok Nuha makin besar..Em, tak lama lagi umur dia nak masuk 3 bulan dah..Cepatnya masa berlalu. Nanti sekejap je Nuha dah besar..Rindu moment masa dia baru lahir..hehe.


Luv you all!





Friday, October 14, 2011

Ragam Nuha

Masa sebulan pertama..>>

Sangat senang jaga Nuha. Bagi minum susu, tukar diapers dan cium2 sikit pipi dia..mesti dia terlelap dengan nyenyak..Tapi, setiap 2-3jam mesti bangun minta topup susu.hehe..Bagusnya, Nuha tak menjerit2. Dia akan bagi hint dengan dengus2 kecik shows yang dia tak selesa. Kalau tak da respon mesti dia tertidur semula. Selang 1 minit dia mesti terbangun lagi dan beri riaksi yang ganas sikit...Nangis!hehe..Tapi nangis dia memang cute.haha..So, bila dapat apa yang dia nak. Dia akan sambung tidur. Time ni Nuha menangis tak keluar air mata lagi..

Minum susu pun senang. Boleh gilirkan sama ada directfeeding atau through bottle. Very responsive, sempoi, behave dan tak banyak kerenah lah..

Bila sebulan lebih je, dia dah macam pandai sikit. Disebabkan saya berjaya fully breastfeed dia time pantang, so dia memang syok la DF (Direct Feeding) ni. Sekali bila naik kerja, hantar rumah babysitter. Nuha mengamuk2 tak nak susu guna botol. Tapi babysitter saya memang orang yang berpengalaman. Ibu kepada 4 orang anak yang comel2, mesti la pandai handle kan. So, Nuha berjaya diminumkan selepas 1jam dia juih2 botol susu tu. Mak Not kata, bila Nuha lapar sangat..Last2 dia sedut terus puting botol tu.haha. So, dekat rumah pun saya train Nuha guna botol semula.

MasyaAllah..sangat2 degil. Menangis dengan sekuat hatinya dari magrib sampai la habis Isyak..3hari kami (mama dan ayah) berusaha train Nuha guna botol..Akhirnya, hari ketiga tulah berjaya Nuha minum tanpa melalak satu taman.Fuh!Lega.haha..Even bagi susu guna botol, saya still DF Nuha time dia tengah tidur pagi2 buta..Rasa rindu pulak kalau Nuha tak menyusu. Dekat office asyik teringat dia jek.Selalu ketawa sorang2.haha..(malu saya!).

Seingat saya Nuha mula menitiskan air mata dia ketika berumur 1bulan 1minggu..Masa tu ternampak dia menangis keluar air mata,tiba2 rasa sedih dan tak sampai hati nya tengok dia menangis.huhu..

Dan, dia start hisap jarinya ketika berumur 1bulan 2minggu..Dia hisap macam nak sumbatkan semua jari2 dalam mulut dia. Dengan matanya yang bulat2 tu..haha.Memang kelakar!hehe.

Minggu lepas Nuha berumur 2bulan..(11/10/2011 @ Selasa). Berat dia tak naik banyak. Bagus lah. Saya tak kisah sangat naik berapa banyak. Yang penting ada peningkatan tapi dalam kadar yang normal lah.

Tima lahir berat Nuha 4.5kg   >  1bulan berat dia 5.0kg  >  2bulan berat dia 5.6kg..Syukur lah. Tak nak lah dia naik banyak sangat. Kang jadi overweight pulak kan. hehe.

Pagi tadi kami berdua sangat terkejut sebab?? Nuha bangun pagi kemudian dia senyum dekat kami yang tengah siap2 nak pergi kerja. Bukan senyum saja..Siap menyapa kami. Cakap2. Ketawa2. Buat suara manja dia. Seronok sangat tengok dia bangun tak merengek.hehe..Ayah dia yang tengah sikat rambut terus cium pipi Nuha. "Macam tak nak pergi kerja la. Nak jaga Nuha lah."hehe..yelor tu.haha.

Em, terasa hilang sekejap rasa sakit2 badan dan letih sebab berjaga malam untuk nyusukan Nuha setiap hari bila tengok dia ada perkembangan baru yang best!!hehe..

Tak sabar nak main dengan Nuha esok lepas kerja sebab..Mama dah order mainan untuk Nuha!!Yeayyy..Mesti Nuha suka..Mainan apa.Tungguuuu..hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...