Friday, October 14, 2011

Ragam Nuha

Masa sebulan pertama..>>

Sangat senang jaga Nuha. Bagi minum susu, tukar diapers dan cium2 sikit pipi dia..mesti dia terlelap dengan nyenyak..Tapi, setiap 2-3jam mesti bangun minta topup susu.hehe..Bagusnya, Nuha tak menjerit2. Dia akan bagi hint dengan dengus2 kecik shows yang dia tak selesa. Kalau tak da respon mesti dia tertidur semula. Selang 1 minit dia mesti terbangun lagi dan beri riaksi yang ganas sikit...Nangis!hehe..Tapi nangis dia memang cute.haha..So, bila dapat apa yang dia nak. Dia akan sambung tidur. Time ni Nuha menangis tak keluar air mata lagi..

Minum susu pun senang. Boleh gilirkan sama ada directfeeding atau through bottle. Very responsive, sempoi, behave dan tak banyak kerenah lah..

Bila sebulan lebih je, dia dah macam pandai sikit. Disebabkan saya berjaya fully breastfeed dia time pantang, so dia memang syok la DF (Direct Feeding) ni. Sekali bila naik kerja, hantar rumah babysitter. Nuha mengamuk2 tak nak susu guna botol. Tapi babysitter saya memang orang yang berpengalaman. Ibu kepada 4 orang anak yang comel2, mesti la pandai handle kan. So, Nuha berjaya diminumkan selepas 1jam dia juih2 botol susu tu. Mak Not kata, bila Nuha lapar sangat..Last2 dia sedut terus puting botol tu.haha. So, dekat rumah pun saya train Nuha guna botol semula.

MasyaAllah..sangat2 degil. Menangis dengan sekuat hatinya dari magrib sampai la habis Isyak..3hari kami (mama dan ayah) berusaha train Nuha guna botol..Akhirnya, hari ketiga tulah berjaya Nuha minum tanpa melalak satu taman.Fuh!Lega.haha..Even bagi susu guna botol, saya still DF Nuha time dia tengah tidur pagi2 buta..Rasa rindu pulak kalau Nuha tak menyusu. Dekat office asyik teringat dia jek.Selalu ketawa sorang2.haha..(malu saya!).

Seingat saya Nuha mula menitiskan air mata dia ketika berumur 1bulan 1minggu..Masa tu ternampak dia menangis keluar air mata,tiba2 rasa sedih dan tak sampai hati nya tengok dia menangis.huhu..

Dan, dia start hisap jarinya ketika berumur 1bulan 2minggu..Dia hisap macam nak sumbatkan semua jari2 dalam mulut dia. Dengan matanya yang bulat2 tu..haha.Memang kelakar!hehe.

Minggu lepas Nuha berumur 2bulan..(11/10/2011 @ Selasa). Berat dia tak naik banyak. Bagus lah. Saya tak kisah sangat naik berapa banyak. Yang penting ada peningkatan tapi dalam kadar yang normal lah.

Tima lahir berat Nuha 4.5kg   >  1bulan berat dia 5.0kg  >  2bulan berat dia 5.6kg..Syukur lah. Tak nak lah dia naik banyak sangat. Kang jadi overweight pulak kan. hehe.

Pagi tadi kami berdua sangat terkejut sebab?? Nuha bangun pagi kemudian dia senyum dekat kami yang tengah siap2 nak pergi kerja. Bukan senyum saja..Siap menyapa kami. Cakap2. Ketawa2. Buat suara manja dia. Seronok sangat tengok dia bangun tak merengek.hehe..Ayah dia yang tengah sikat rambut terus cium pipi Nuha. "Macam tak nak pergi kerja la. Nak jaga Nuha lah."hehe..yelor tu.haha.

Em, terasa hilang sekejap rasa sakit2 badan dan letih sebab berjaga malam untuk nyusukan Nuha setiap hari bila tengok dia ada perkembangan baru yang best!!hehe..

Tak sabar nak main dengan Nuha esok lepas kerja sebab..Mama dah order mainan untuk Nuha!!Yeayyy..Mesti Nuha suka..Mainan apa.Tungguuuu..hehe.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...