Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Memilih Cloth Diapering

Tak ramai yang tahu tentang Cloth Diaper atau CD..Ape tu ye?Macam tu la saya masa awal2 baca tentang CD ni..Bahasa melayunya bermaksud Kain Lampin Moden..Apa bestnya CD ni berbanding Disposable Diaper (DD) ?Kan lagi senang, mudah, cepat dan tak memeningkan kepala nak basuh dan sidai. Betul tak?

So, kat sini ada beberapa sebab kenapa kita perlu bertukar kepada CD..:

  • Bahan utama yang digunakan untuk CD adalah cotton. Cotton adalah jenis kain semulajadi yang paling sesuai bersentuhan dengan kulit bayi/kanak2. Tiada unsur2 bahan kimia atau gel.
  • Penggunaan CD ini dapat mengurangkan dan juga mengatasi masalah ruam dan gatal2 pada kulit bayi/kanak2. Sebab? Tiada tindak balas kimia berlaku terhadap kulit bayi. Tapi, harus diingat bahawa penggunaan CD ni perlu lah ditukar setiap 4jam atau mengikut betapa heavy wetter nya anak2 kita ye..Sebabnya,urine dan poo tu kan kotor. So, anak2 kita pun tak selesa pakai lampin yang basah dan kotor lama2. Biarlah kulit dia sentiasa bersih saja. Betul tak? Sama je konsep nya dengan DD. Bezanya, tiada tindak balas bahan kimia..
  • Kita dapat berjimat dengan menggunakan CD ni sehingga RM3,000 untuk setiap anak!Wooow! Means, sehingga anak itu pandai buang air sendiri ye..Anggaran umur 3 tahun. Tapi jangan risau..CD ni kan boleh digunakan berulang kali. Siap boleh kongsi2 dengan adik beradik lagi..
  • Modal diperlukan hanya RM500-RM1000 sekali sahaja. (ini secara praktikalnya lah..).Awal2 mungkin banyak sikit duit yang dilaburkan. Tapi, apabila bilangan CD dah memadai utk di'rotate'kan, maka tidak perlu keluar modal lagi sehinggalah anak kita tu terer pergi toilet sendiri.hehe.
  • Anak kita cepat belajar buang air sendiri sebab mereka boleh rasa tahap kebasahan diaper itu apabila sampai ke tahap maximum. 
  • Satu cawan crude oil digunakan untuk menghasilkan satu keping DD. 'Crude oil' tu seperti petroleum tau. Bahaya!!
  • Dan satu lagi, CD ni 'Eco friendly' berbanding DD sebab satu keping DD memerlukan 250-500 tahun untuk terurai..See!!Kalau pakai CD, macam mn kita nak hapuskan?? Kita ambil insert/soaker CD tu buat la kain lap ke mop lantai ke..Insert tu kuat menyerap. Bagus untuk bersihkan lantai tau..hehe..
  • Paling best CD ni ialah..kalau anak kita dah besar semua dan tiada yang kecil,apa kita nak buat dengan CD ni? Ha!!Kita boleh let go CD ni pada harga yang munasabah ikut keadaan CD tu la..Best tk? Kalau DD yang dah pakai boleh ke jual balik?huhu..Memang tak best!!
So, jom kita ramai2 pakai CD..Harapnya dapatlah kurangkan pencemaran dekat Muka Bumi ni..Kesian Bumi kita ni..GO GREEN!!GO ECO!!



          

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...