Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Sebelum Cloth Diapering

Rumparooz G2

Menarik kan warna CD Rumparooz tu?hehe..Actually, warnanya tu setanding dengan prestasinya yang baik..Walaupun harganya agak mahal sebab brand US dan pertukaran wang kita yang menyebabkan harganya agak mahal, tapi saya tak menyesal la beli. Rasa berbaloi2..hehe..

Apa perkara utama yang kawan2 perlu ambil kira sebelum ber'CD'?

Ini berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini ye..hehe >>>

  1. Paling2 penting adalah, babysitter kita tu rela tak upgradekan mind set dia untuk bertukar kepada CD? Sebab? Ramai kawan2 saya yang bersemangat untuk ber'CD' terpaksa lupakan hasrat tu sebab babysitter @ nursery tak nak handle CD. Leceh katanya..What??Apa la yang leceh..Sama je macam DD cara pakainya. Bezanya, CD tu kena la masuk dalam wetbag @plastik untuk parent tu bawa balik time ambil anak dia kan..Ape yang leceh?DD tu lg la teruk. Buat sampah melambak je dalam tong kan..So what??Tak faham la saya.
  2. Kawan2 kena tau, CD ni perlu dicuci. Actually boleh disimpan max. 2 hari. Tapi, saya tak simpan lama2..Balik keja terus cuci. Then masukkan dalam wetbag,sangkut kat pintu toilet. Esok pagi campak je dalam mesin basuh..Mana yang ada poo kena tenyeh sabun kat tempat poo tu. Urusan sental kita serahkan pada Mr Washing machine..hehe.Dan agen pembersih adalah Mr.Sun !hehe..Jadi, kalau kawan2 yang selalu outstation, perlu fikir2kan siapa yang akan cuci CD tu di rumah ye..
  3. Sikap rajin!!hehe..Sebab? Kalau tak rajin, macam mana nak cuci CD ni sebelum boleh masuk mesin basuh kan? Bila dah kering, kawan2 kena masukkan insert tu dalam poket (CD jenis poket), ada yang senang..we called it All In One (insert dijahit terus dengan covernya..).ni bila kering terus je pakai. Tak perlu masukkan insert dalam poket dah..Easy right??
  4. Budget..Beli sikit2 CD ni..ada je harga CD yang murah dan berkualiti. Kena try and error..Tapi AWAS!! Bila kawan2 dah tau serba sedikit tentang CD ni..hati2 la ye..Ditakuti akan ketagih asyik nak beli je..lebih2 lagi CD yang ada macam2 beautiful printed..Saya pun hampir terjebak.haha..Tapi, disebabkan kerjaya saya adalah QS..So, saya apply konsep beli hanya untuk fungsinya sahaja..Jangan merepek2..So, all my CD stash are solid colour. Tambahan pula, printed colour ni sedikit mahal. Tapi ada la terbeli 2 keping printed colour..Tu pun sebab ada diskaun.hehe..
So, itu la perkara utama yang kawan2 kena pakukan dalam minda masing2 ok.Saya suka cloth diapering sebab...tong sampah dekat rumah saya tak penuh dengan DD~..Sukaaa sangat2!!hehehe..Rasa bangga sebab tak menyumbangkan pencemaran alam..Go Green!!






Tuesday, October 18, 2011

Nuha with her CD!!

Saja untuk cuci mata yang mengantuk ni..hehe..Nuha sangat suka pakai CD..Lagi2 bila shower time!!Biasanya saya akan tanggalkan semua benda yang melekat di badan dia kecuali CD..Bila macam tu, Nuha secara spontannya akan senyum dan bebel sorang2..Pastu menggeliat sana sini..Dia memang suka ditogelkan.hahah..Dia tau yang dia akan direndam kejap lagi.haha..Take a look!..



Nuha in Bamboolite CD (Proudly Malaysia brand!)




Nuha in MyEcoNappy CD. (Proudly Malaysia brand.)




Nuha in Autumnz CD.(Proudly Malaysia brand.)




Nuha in Lunatots CD (Proudly Malaysia brand.)




Nuha in Rainbow BB CD. Very cheap!And the performance superb!Try la kawan2..




Nuha in MyEcoNappy..Agak besar untuk Nuha. Tapi bleh reserve bila dia besar sikit nanti.




Nuha in Rumparooz..The best CD saya ada. Yang ni brand US. Tapi beli time clearance sale.hehe. Jimat2.



Untuk kawan2 yang baru nak ber'CD'ing..boleh try beli 2 keping dulu..Walaupun murah, jangan silap ye. Performance CD itu pun sangat bagus!! Awal2 dulu saya beli CD Autumnz..RM32/pcs..beli 2 keping je dulu. Try pakai..Alhamdulillah.Setakat ni tak pernah bocor..walaupun material dia tak se'best' yang import punya kan. Tapi, dia setanding yang import tu.hehe. Berbaloi baloi!!

Ok. Kalau kawan2 terpikat dengan gambar Nuha ber'CD'ing tu..Boleh dapatkan CD dari banyak tempat. Sini saya list kan website atau blog yang selalu saya beli atau cuci mata..hehe..Check it out!! >>

  1. www.lunatots.com
  2. www.onebabyworld.com
  3. Facebook - MommyIka AndKiddos
  4. www.bummiakids.blogspot.com
  5. www.tinytapir.com

Kawan2 juga boleh dapat macam2 info tentang CD ni lebih lanjut dekat sini >> www.clothdiapermalaysia.com.

Dekat website ini akan diterangkan tentang :

  1. Bagaimana nak mulakan pemakaian CD. Berapa CD diperlukan.
  2. Apa barang2 keperluan lain yang perlu ada untuk ber'CD'.
  3. Macam mana nak basuh CD especially yang terkena poo~..hehe.
  4. Macam mana nak prewash CD yang baru. Semua CD baru perlu dicuci sebanyak 3-4 cycle lengkap (basuh-sidai-kering dan berulang sebanyak 3-4 kali). Kenapa kena prewash? Baca detail kat website tu ye.hehe.
  5. Ape jenis sabun yang sesuai untuk cuci CD.
  6. Apa cara terbaik untuk jemur CD.
  7. Cara elakkan kebocoran CD. Kenapa boleh bocor.
  8. Jenis2 CD..Ha,CD memang banyak jenis..
  9. Klik kat sini ye.hehe. cloth diaper for beginners

So, kawan2 jangan la pening pikir semua tu..Baca dulu artikel tu. Beli 1 atau 2 keping CD. Try guna dan ikut apa yang diterangkan. Soon, saya akan terangkan sikit2 tentang CD ni dan saya share kan pengalaman saya pakaikan CD ni pada Nuha.

Untuk newborn baby agak rumit sikit sebab newborn kerap poo. Dan poo dia agak sticky.So, untuk lebih mudah. Pakaikan CD apabila baby kurang poo..Saya start ber'CD' time Nuha genap 1 bulan..Masa tu saya dah boleh bangun sikit2. Luka operation pun dah tertutup. Tapi, tak la renyah sangat. Takut jahitan terbuka untuk kali ke-2..hehe.

Important thing is, saya sangat2 suka cloth diapering!!Even kena cuci-sidai-kemas, saya enjoy buat tu semua. Saya dapat rasa how be a mummy time zaman dulu2 tapi moden style. That's why i really love do Breastfeeding + Cloth Diapering + Babywearing!! 

Bila anak2 dah besar, mesti kita rindu time ni..Saya tak nak miss this moment because it last for 3 years only..Really rugi kalau tak ambil peluang ni tau.hehe..

Must enjoy in your life. Luv..







Kenapa Memilih Cloth Diapering

Tak ramai yang tahu tentang Cloth Diaper atau CD..Ape tu ye?Macam tu la saya masa awal2 baca tentang CD ni..Bahasa melayunya bermaksud Kain Lampin Moden..Apa bestnya CD ni berbanding Disposable Diaper (DD) ?Kan lagi senang, mudah, cepat dan tak memeningkan kepala nak basuh dan sidai. Betul tak?

So, kat sini ada beberapa sebab kenapa kita perlu bertukar kepada CD..:

  • Bahan utama yang digunakan untuk CD adalah cotton. Cotton adalah jenis kain semulajadi yang paling sesuai bersentuhan dengan kulit bayi/kanak2. Tiada unsur2 bahan kimia atau gel.
  • Penggunaan CD ini dapat mengurangkan dan juga mengatasi masalah ruam dan gatal2 pada kulit bayi/kanak2. Sebab? Tiada tindak balas kimia berlaku terhadap kulit bayi. Tapi, harus diingat bahawa penggunaan CD ni perlu lah ditukar setiap 4jam atau mengikut betapa heavy wetter nya anak2 kita ye..Sebabnya,urine dan poo tu kan kotor. So, anak2 kita pun tak selesa pakai lampin yang basah dan kotor lama2. Biarlah kulit dia sentiasa bersih saja. Betul tak? Sama je konsep nya dengan DD. Bezanya, tiada tindak balas bahan kimia..
  • Kita dapat berjimat dengan menggunakan CD ni sehingga RM3,000 untuk setiap anak!Wooow! Means, sehingga anak itu pandai buang air sendiri ye..Anggaran umur 3 tahun. Tapi jangan risau..CD ni kan boleh digunakan berulang kali. Siap boleh kongsi2 dengan adik beradik lagi..
  • Modal diperlukan hanya RM500-RM1000 sekali sahaja. (ini secara praktikalnya lah..).Awal2 mungkin banyak sikit duit yang dilaburkan. Tapi, apabila bilangan CD dah memadai utk di'rotate'kan, maka tidak perlu keluar modal lagi sehinggalah anak kita tu terer pergi toilet sendiri.hehe.
  • Anak kita cepat belajar buang air sendiri sebab mereka boleh rasa tahap kebasahan diaper itu apabila sampai ke tahap maximum. 
  • Satu cawan crude oil digunakan untuk menghasilkan satu keping DD. 'Crude oil' tu seperti petroleum tau. Bahaya!!
  • Dan satu lagi, CD ni 'Eco friendly' berbanding DD sebab satu keping DD memerlukan 250-500 tahun untuk terurai..See!!Kalau pakai CD, macam mn kita nak hapuskan?? Kita ambil insert/soaker CD tu buat la kain lap ke mop lantai ke..Insert tu kuat menyerap. Bagus untuk bersihkan lantai tau..hehe..
  • Paling best CD ni ialah..kalau anak kita dah besar semua dan tiada yang kecil,apa kita nak buat dengan CD ni? Ha!!Kita boleh let go CD ni pada harga yang munasabah ikut keadaan CD tu la..Best tk? Kalau DD yang dah pakai boleh ke jual balik?huhu..Memang tak best!!
So, jom kita ramai2 pakai CD..Harapnya dapatlah kurangkan pencemaran dekat Muka Bumi ni..Kesian Bumi kita ni..GO GREEN!!GO ECO!!



          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...