Friday, October 14, 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

Syukur sangat2 bila terbaca satu artikel tentang ibu mengandung..Rasa sangat2 dihargai..Jom kawan2 kita hayati bersama okeh!

Betapa mulianya status kita (Ibu2 yang mengandung ye.hehe) dalam Islam..>>


  1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah     bagi satu pahala haji. 
  4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. 
  5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 
  6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 
  7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan     oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Subhanallah..Pernah terpikir tak kawan2 bahawa setiap yang Allah ciptakan dan tentukan itu ada hikmah dan keistimewaannya tersendiri? Islam sangat indah bukan..Bersyukur kita dilahirkan dalam agama Islam. Mudahan keimanan kita terus bertambah dan menjadi bekalan untuk kehidupan hakiki di sana nanti..


So? Jom kita berusaha breastfeeding baby kita ramai2 sehingga usianya 2 tahun setengah..InsyaAllah.Amin! Jangan putus asa ye. Awal2 memang mencabar. Tak pe..kuatkan semangat, cari ilmu penyusuan sebanyak mungkin dari mana2 pelusuk pun, bertanya atau share masalah dengan kawan2 yang breastfeeding jugak atau join mana2 kumpulan susu ibu. Mesti hati gembira dan bersemangat bila tengok baby minum susu badan. Percaya tak? Percaya lah..betul ni. Saya sendiri dah rasa walaupun baru 2bulan 2minggu menjdi ibu to my Bambam..hehe. 

Menjadi rutin saya untuk menerima dugaan yang menimpa sebagai cabaran. Mesti amalkan konsep "Kita mesti Berusaha, Tawakal dan Doa"..Kalau susu tak banyak jangan risau..Kita mesti berusaha sedikit demi sedikit, lama2 mesti menjadi..Selepas tu kita tawakal,means selepas ikhtiar dan mencuba pelbagai cara,kita confident dan think positive saja bahawa semua ni akan menjadi dengan izin Allah. Terakhir,of course kita berdoa. Setiap langkah kita seHARUSnya berdoa semoga apa yang direncanakan dan dilaksanakan akan menjadi. Jangan stress ye..

I Love Islam..




  

Wednesday, October 12, 2011

Nuha Dah Potong Rambut

Em, actually saja nak tunjukkan gambar nuha selepas cukur rambut. Tak sempat lagi buat akikah, tapi kitorg cukur dulu rambut dia. Dengan harapan, rambut yang baru tu cantik dan bersih sikit. Hehe..

Di Klinik



Demam. Kena anginkan Nuha. Pakai CD dengan mitten & booties je.



Nuha Suka tengok TV. Jadi bawa dia depan TV.hehe



Budak yang tak nak tidur. Mama bebel dia buat boo~ je..adus!

Cukup la gambar Nuha yang bulat tu..Buat masa ni kami gelar Nuha as Baby Boo~..haha..Bubyee..






Kelebihan Herba Maharani

Sebelum ni saya ada bercerita tentang tempoh berpantang dan saya ada selitkan tentang penggunaan Herba Maharani kan? So, sini saya nak brief sikit ape yang menyebabkan saya tertarik untuk menggunakan Herba Maharani ni..

Tengah surf corset masa tu, terbaca tentang satu testimonial yang berpantang hanya makan Herba Maharani dan pakai corset Premium Beautiful jek! Wah, simple as that?Jadi, saya pun terus search tentang Herba Maharani ni.

Last2, jumpa satu blog ni..Ni sedikit detail yang saya petik dari blog tu. Tapi kawan2 boleh je klik dekat link tadi tu untuk lebih lanjut atau kalau berminat nak beli.

Kehebatan Herba Maharani

Pengambilan yang teratur dan berterusan amatlah digalakkan.

  • Menyelesaikan masalah haid tidak teratur
  • Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan & kekuningan
  • Anti bakteria ( sekitar faraj )
  • Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
  • Melegakan migrain & angin dalam badan
  • Menguatkan hati & buah pinggang
  • Melegakan asma
  • Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
  • Menghilangkan bau mulut ( terutama waktu bangun pagi )
  • Menyelesaikan masalah buasir kecil
  • Merangsang hormone estrogen, progesterone & androgen ( hormone seks )
  • Memberi kebahagiaan kepada pasangan
  • Kesuburan & awet muda
  • Mencantik, menegang & melicinkan kulit
  • Menaikkan seri muka
  • Menegangkan payudara
  • Menghilangkan kelesuan & muka pucat
  • Melambatkan proses monopouse
  • Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam
  • Menguatkan antibodi / imunisasi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Amalan semasa pantang ( bersalin )
  • Menambah darah selepas bersalin
  • Menguatkan otot-otot rahim & peranakan
  • Membanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin
  • Menghilangkan urat timbul
  • Mengimbangi tekanan darah
  • Meningkatkan kecerdasan minda
Actually, mana2 yang saya highlight kan tu la yang membuatkan saya tertarik nak guna Herba Maharani..Sepanjang berpantang, saya makan habis 3 kotak..Kotak pertama, saya makan 10biji sehari..Masuk kotak kedua, saya rasa confident yang baby saya dah bebas dari jaundice, saya makan 15biji sehari..Dan terakhir kotak ketiga, saya makan 25biji sehari..ngam2 44hari saya makan. Actually nak beli lagi kotak kelima, tapi nak tunggu period datang.

Kesan pada saya?

Minggu pertama makan, adik saya datang ke rumah. Dia tegur saya..Along ni pakai bengkung ape. Cepatnya punggung tu pejal? Tak macam orang lepas bersalin pun. Macam anak dara adalah.I was like..Eh,mana ada pakai bengkung. Bekas operate pun belum sembuh..Wah,betul ke ni?hehe.Saya pun tengok cermin, em..ni mesti sebab Herba Maharani. Sebab saya tak makan pape dan pakai ape2 lagi awal2 ni kecuali Herba Maharani.

Then, yang saya perasan..sepanjang berpantang saya selalu dikejutkan oleh my little girl untuk breastfeed. Selalu pukul 1pagi, 3pagi dan 5pagi..So,memang tak cukup tidur la senang cerita. Then, pukul 6.30pagi saya bangun untuk minum hot milo & mineral sebab terlalu haus. Bila kita breasfeed baby, senang rasa haus dan lapar. Lepas tu saya akan cuci CD baby, sidai dan kemas2 tempat tidur..Tup2 dah pukul 9pagi..Pukul 9.30pagi saya mandi dan selepas tu mandikan baby pulak..Main2 dengan baby, dah pukul 11.30pagi..Baby pun dah tidur. Tapi saya??Tak tidur pun. Tapi, badan rasa segar jek. Tapi, dengan surfing internet lagi lah bulat mata saya sampai ke malam semula.hehe.

Setiap pagi sy rasa badan segar walaupun tengok dekat cermin, mata lebam semacam.hehe. Orang kata, bila baby tidur kita kena tidur. Bby bangun, kita boleh jaga dia..Tapi saya tak boleh. Kalau baby tidur, saya pun tidur alamatnya bila baby bangun, saya masih jugak tidur.haha..Sebab dah 2kali saya tidur ikut baby time petang. Lepas tu tak boleh bangun..Bila bangun, terus migrain.hehe. 

Lagi satu, husband saya pun ada cakap time berpantang ni saya nampak berseri sikit. Harap2 nya betul la kan.hehe. Apa2 pun, itu lah yang saya suka sangat dengan Herba Maharani..

Kalau nak dapat kesan yang lebih kena la guna berterusan kan..So, saya tunggu kedatangan haid akan datang.hehe..Ni gambar dalam Herba Maharani,pun saya ambil dari blog Kak Su..hehe.


Sumber http://herbamaharanibfw.blogspot.com





Sumber http://herbamaharanibfw.blogspot.com




Sumber http://herbamaharanibfw.blogspot.com

So, kawan2 yang berminat, cuba la Herba Maharani ni. Actually tak rugi pun. Betul tak? Kita cuba mana2 yang sesuai. Insyaallah ada kesan yang baik pada kita.




Selepas Bersalin

Semasa mengandung, puas saya surf internet cari corset atau bengkung yang betul2 berkesan untuk turunkan berat badan dan buang lelemak di badan ini.hehe.Terasa agak gemuk masa itu.hehe. Then, saya tertarik dengan satu blog yang bercerita totally tentang premium beautiful..

Hari2 saya follow time dekat office. Memandangkan di rumah tak da internet kan. So, ambil peluang time lunch tu baca la kelebihan dan testimonial dekat blog tu. Sangat bahaya..sebab saya dah betul2 berminat!hehe. Tapi harganya mahal..RM2xxx..hehe.Don worry,actually dia ada pakej untuk bayaran ansuran. Tapi saya kumpul duit sikit2 sepanjang mengandung tu, sebb tak berapa gemar bayar ansur2.

Ape yang menarik sangat sampai saya tertarik tu?

Saya petik dari salah satu artikel sumber blog itu ya..

Premium Beautiful Untuk Wanita Bersalin


Premium Beautiful digalakkan dipakai oleh wanita yang baru bersalin kerana ia membantu:

*Mengeluarkan angin dalam badan

*Mengecutkan dan memperkemaskan semula rahim yang mengembang semasa mengandung

*Menarik dan merapatkan semula tulang pinggul yang mengembang semasa proses bersalin

*Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi

*Mengeluarkan darah nifas yang beku dan berketul-ketul dengan lancar

*Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan proses tangas) dari rahim

*Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh

*Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)

*Menghilangkan stretch mark akibat semasa mengandung atau menggaru perut semasa mengandung

*Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 seperit param, tapel dan pilis

*Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu)

*Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu

*Merawat luka-luka di dalam rahim mahupun di luar

*Menaikkan metabolisma badan membantu mengurangkan berat badan dgn cepat

*Membentuk semula payudara, pinggul dan posture badan yang menarik

*Wanita bersalin 'ceasarian' (kerana tidak boleh bertungku,memakai ubat dan sebagainya) paling digalakkan memakai Premium Beautiful untuk menyihatkan semula rahim anda dan mengelakkan buncit di bawah perut.


Sumber dipetik dari sini

Ha..start dari situ lah saya terus berminat dan ingin tahu lebih detail tentang PB ni..Actually banyak lagi detail tentang PB ni..Baca post seterusnya ye.hehe.





My Lovely PB

Hari yang sangat2 saya nantikan adalah..sesi pemakaian PB! (Corset Premium Beautiful). Kenapa? Hehe..sebab saya tak sabar nak back to my shape..2 bulan kena tunggu. Hari2 asyik tengok jek PB tu. Geram!Sebab tak boleh pakai selagi tak cukup 2 bulan selepas bersalin.hehe (orang operate kena sabar kn).

Ape yang best sangat dengan PB ni? Em, macam2..kalau explain mesti korang semua pun teruja nak beli dan pakai. Macam saya la..Hari ke-53 selepas pantang dah sibuk nak pakai. Check scar operation macam ok je. So, apa lagi. Saya pun sarung je lah.hehe.Memang best sangat!!Walaupun time nak pakai girdle tu agak tight,tapi bila dah siap memang puas hati. Semuanya TERLETAK ok..hehe.


Fullset of Premium Beautiful



Long Bra



Girdle




Waist Napper

Ngam2 dengan badan. So, sesiapa yang berminat nak beli PB ni mesti bagi ukuran yang betul. Baru best dan berbaloi pakai tau. Kalau tak rugi..Unless, selepas beberapa tahun pakai tiba2 saiz badan dah susut dengan banyaknya, so terpaksa la let go PB ni dan beli lah PB yang baru.hehe.

Seronok pakai PB ni. Rasa confident je. Tak risau kalau pakai baju T-shirt tu ternampak lebihan lemak2 ke atau pakai baju kurung time kena tiup angin tu kan..Fewww!seksi lah jugak kalau nampak perut yang muncit itu.haha. Semua yang testimonial rasa dan ape yang dinyatakan tentang kelebihan tu memang betul. 

Sebab saya dah rasa satu daripadanya iaitu..hari 1st pakai waist napper tu saya guna pencangkuk yang terbesar sekali.(hujung sekali.Mean, ngam2 dengan ukuran yang diberi lah kan). Hari ke-2..Eh, longgar dah. So, guna la pencangkuk yang kedua..Terpikir sekejap. Kenapa longgar eh. Tali tak ketat ke?Tapi tak de adjust pape pun..So, abaikan je..Terus pakai seharian. Then, esoknya pakai. Sekali lagi. Eh, apsal longgar lagi? Nasib ada 3line pencangkuk. So,pencangkuk yang terakhir la saya guna. Then terpikir sekejap..Wah, perut saya dah susut la. Cepat betul!! Baru 4 hari.Memang tak caya. Tapi suka!!hehe..(suka sebab faham2 saja la orang operation sedikit muncit.hehe)

Then, perkara yang ke-2 saya notice adalah..hari ke-2 saya guna pergi office. Sesi pumping susu jam 9pagi..Curi2 masa sekejap.hehe. Ngam2 10minit pump, sy pun campurkan kedua2 botol jadi 1 botol. Eh, 4oz?Wah..sangat excited! Maklum la selama berpantang selalu dapat 2oz jek kedua2 belah breast. Kali ni dapat 4oz.memang seronok la kan. Lagi saya excited nak pakai PB. Tambah2 nak pump pun senang sebb guna Medela Freestyle..Kiranya power pumping pun membantu penghasilan susu jugak lah kan. Tapi, sy sangat suka PB!hehe..

Jiran saya yang dah lama tak borak dengan saya pun tak sangka saya baru lepas bersalin hari tu. Eh, bukan kamu baru lepas bersalin ke syikin? Slim je badan. Lemak2 pun tak da?Diet ke kamu? Saya pun tersenyum2 malu la depan kawan2 dia.hehe..Wee..happy sebenarnya!hehe.

Hari 1st guna, agak kekok lagi2 time pergi toilet. Sebab sy pakai fullset kan. So, terkial2 jugak la sebab ketat. Tapi, lama2 ok. Takut jugak kalau besi tu patah ke terkoyak ke sebb regang sana sini kan. So far, alhamdulillah. Tak da masalah. Perfecto!! Kalu ada rosak pun, tak risau. LIFE TIME WARANTY tu..hehe..Best2. Tak sabar tunggu rosak. Nak tengok service dia betul ke tak.hehe.(Boleh plak camni kan.sabar jelah.hehe).

Tak sabar nak tunggu ape lagi kebaikan yang saya dapat nanti.Sebab, terlalu banyak kelebihan yang kita akan dapat dengan pemakaian PB secara berterusan ni. Kawan2 pun boleh cuba pakai. Mesti tak menyesal. Especially untuk kawan2 yang sama macam saya, baru lepas bersalin. Kita mesti nak nampak cantik luar dan dalam di mata suami kita kan? Sebab itulah saya beli. Tapi yg muda ke, tua ke pun boleh pakai. Takda halangan pun. Don worry ya?Ha..lagi perfect kalau makan Herba Maharani sekali. SURE puas hati. Sebab saya pun makan sepanjang berpantang dan dah dapat hasilnya..(Rahsia.hehe.Nanti saya cerita ye).

Note : Mood seronok sebenarnya..Sebab tu nak share dengan kawan2.hehe..adios! 






Thursday, October 6, 2011

Mama's Bambam

My lovely Bambam..hehe. Em, tu lah nama yang ayah dan kawan2 panggil baby Nuha time lahir. Kenapa Bambam yek? Haa..sebabnya dia agak tembam time lahir. Tapi tak delah tembam sangat..Boleh bayangkan?hehe..Macam dalam picture ni..Mai tengok..

Detail Baby :

Nama : Nuha Khalesya bt Mohd Nasrul Nizam
Tarikh lahir : 11/08/2011 = 11 ramadhan 1432h
Waktu lahir : 1722 @ Khamis
Berat lahir : 4.5kg
Panjang : 55cm
Ukur lilit kepala : 36cm
Bersalin : Ceaser (vertical operation)



One hour after delivery..


Nuha time ni macam kembang air..haha. Masa doktor keluarkan dari perut, seketul besar badan dia.haha..Tapi inilah anak mama!!hehe..Zoom in >>>



Daddy ambil gambar curi2 dekat nursery (not allowed actually.hehe)



Selepas discharge kali pertama.


Sampai kat wad saya, Nuha tidur memanjang..Aik, baik nyer baby ni..Merengek sikit2 je, itu pun sebab nak susu atau tukar diapers..Rupanya kena jaundice. Terus masuk nursery semula. Haih..kesian baby kena cucuk hari2 untuk ambil darah.

Sayang tak dapat ambil gambar Nuha semasa duduk bawah lampu biru disebabkan jaundice..Dekat nursery tak boleh ambil gambar.Comel je meniarap dengan mata ditutup dengan cover dan punggung tertonggeng naik.hehe..Bila nak cari dia dekat nursery, tengok punggung paling tinggi tu lah si bambam saya!haha..



Selepas discharge untuk kali kedua.


Nuha sangat la tidak suka kalau dibedung..Kalau kita tak bukakan bedung tu, dia sendiri akan buka..Macam dalam gambar ni. Alih2 je tangan dia dah dekat luar. Pastu marah2 kalau dibedungkan balik.hehe..


Hobi Nuha adalah..
  • Senyum sorang2..Tapi akan terbantut kalau kita tegur dia.
  • Selalu jelirkan lidah dia. Ini tak sah kalau tak buat.
  • Suka buat muka toya..haha..lepas tu,mesti mulut dia bentuk 'O'..huhu.
Macam dalam gambar candid ni..>>>




Dia suka senyum sepantas kilat. Ni kebetulan tgh snap.hehe



Luckily get this shot. hehe



Muka toya Nuha..tengok mama dia cakap siap 'tembus' (berangan)..hehe



Haa..ini lagi satu hobi dia.(Abaikan persekitaran yang best dibelakang itu.haha)


The best moment untuk dia tidur dengan nyenyak berselangkan dengkur halus2 adalah semasa mama dan daddy dia sibuk nak sedawakan dia..Sure dia tak sedawa tapi!! Dia tidur + buang angin!! Sangat rajin angin dia keluar especially time minum susu..hehe..

Mama and ayah luv Nuha Bambam..hehe..




------------------------------------to be continued-----------------------------------









Buah Hati yang Terbaik : Part II

Em, bersambung kita..Hehe..

Time kat wad, nurse datang bagi baju, penutup kepala, pasang tiub air kencing, tiub air dan segalanya lah. Tangan kanan kena cucuk utk stand by masuk darah (in case) dan tangan kiri kena cucuk utk masuk air..Penuh dah tangan bila nak pergi toilet.huhu..

Dah siap semua, baca la segala doa yang terlintas dan yang dah hafal..Tapi,saya tak hafal sangat pun..Buku doa memang pegang selalu.(hehe..memang rajin!). Tak lama, husband sampai, termengah2..kelam kabut kan, dengan nak cari parkingnya (sangat crowded dan kadangkala tak ada parking langsung), jalan kaki jauh pulak tu.Kesian dia.hehe..Rasa lega sikit tengok muka husband walaupun tau tiada siapa dibenarkan masuk semasa proses bersalin nanti.

Borak2, datang pulak nurse Stemcell; Mizah..Ha, ape lagi. Dia terus amik darah saya dan bercerita la apa2 yang boleh hilangkan rasa gemuruh saya ni..Tengah sedap borak2, tiba2 saya terasa senak yang teramat dan agak sakit..Wah, contraction kali ni agak sakit. Selalu saya boleh control..Saya pun tarik nafas macam yang diajar dalam Antenatal Class tempoh hari..Em, boleh bertahan lagi la. Tak lama tu, masuk sorang nurse dengan sorang lelaki bawa troli..Gulp..Masanya!hehe.

Tup tup, saya dah bersalin..Bius habis memang terasa pedih dan sakit.Tapi saya alihkan mind saya ke benda lain..Tidurr!hehe..Sedar je, husband ada kat sebelah. Dia kata baby kena tahan sehari sebab besar dan ditakuti ada kencing manis. Em, ok la. Yang penting baby selamat dan ada orang jaga. Sebab, saya pun kena jaga diri yang berparut ni.hehe. Start tu, husband hari2 datang wad jenguk saya. Dah habis wktu melawat tengah hari dia pergi nursery tengok baby pulak. Pastu wktu melawat petang, lari ke wad saya pulak. Kesian saya tengok husband saya ke sana ke mari update status baby.

Lagi bertambah sibuk, bila baby kena tahan sekali lagi sebab jaundice. Saya dah boleh discharge.Em, kalau hari tu berulang alik dari wad saya ke nursery tengok baby. Kali ni, berulang alik dari rumah pergi nursery tengok baby dan bagi susu yang dah di pam..Kesian husband. Kalau saya boleh jalan, saya sanggup buat semua tu..Tapi,apa kan daya kan..Dan akhirnya, baby dah boleh discharge tetapi jaundice nya tak totally hilang..Kena bagi banyak minum susu ibu..Bila baby dah discharge, husband saya terus demam.Fuh..nasib baik semua dah settle baru demam datang. Cuti tahunan dia pun dah habis guna. Tak pelah. Ade la rezeki lain Allah nak bagi kan?Kita tak tahu ape akan terjadi..

Bila imbau balik semua ni, macam tak percaya saya masih sihat hingga ke hari ni. Padahal masa mengandung tu rasa seksanya tanggung sakit dan letih. Rasa macam nak behenti kerja pun ada. Nasib baik la semangat kuat lagi untuk bertahan..Betul kata orang, dalam keadaan macam tu. Perkara paling penting ialah..seseorang yang memberi semangat..Dalam kes saya, tentu lah husband saya!hehe..

Terima kasih Ya Allah kerana perancangan Mu yang teratur, tersirat dan terindah. Sesungguhnya inilah buah hati ku yang terbaik........


Semasa bercinta.hehe



First time beraya as Husband.



Semasa majlis bertandang.


Semasa majlis bertandang.





Outdoor session. Best!hehe




Dan.........Tettttt..hehe..(*blinking)
First time beraya as Daddy !!

Both of you are my BEST SWEETHEART EVER....Love yo'lls..hehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...