Wednesday, September 28, 2011

Fisher-Price

Nuha sekarang macam dah boring main sorang2..Kalau mama dia buat kerja lain, mesti dia merengek. Kalau dulu, dah tukar CD dan bagi susu mesti diam..Kalau tak tidur, dia main sendiri. Sekarang, nak kita cakap dengan dia. Kalau dah boring dia nangis tiba2. Pelik2..Ada hari tu saja baca Majalah Pa&Ma sebelah dia. Tiba2 dia ketawa dan cakap sendiri..Ingat dia main sendiri,rupanya dia tengok mainan Simple Dimple dalam majalah tu..Wah..barang mahal plak dia suka.hehe..


Disebabkan Nuha Khalesya ni cepat boring, so mama dan ayah terpikir untuk cari mana2 website yang sewakan barang mainan..Last2, kami jumpa website ni Klik sini. Banyak mainan ada..Em,bagus jugak. At least rumah tak la sarat dengan mainan kan.And Nuha boleh main macam2..Good idea!Tapi, kami cuma survey dulu..Kalau ikutkan,mama memang nak sewa hari ini jugak sebab Nuha asyik celik je bila mama bangun dari katil..Nak pergi toilet pun kalau boleh Nuha nak follow..hehe.

Dalam banyak2 tu, yang mama suka ialah Link-A-Doos Infant to Toddler Rocker ..dan Rainforest Melodies & Light Deluxe..Menarik.Em..macam mama pulak yang nak main.hehe..


Link-A Doos Infant Rocker


                   Rainforest  Melodies & Lights Deluxe
 Nuha suka tak?hehe..Kita sewa jelah ye..Ada banyak lagi yang nuha boleh main..


Best kan..hehe

Tuesday, September 27, 2011

Buah Hati Yang Terbaik: Part I

Syukur sangat2 sebb ditemukan dengan husband saya iaitu ; En Mohd Nasrul Nizam Detail. Dulu time bercinta memang la indah.hehe.Tapi memang dah tau pun yang dia tu malas sikit.Ops!Jangan marah ye bang.hehe.Tapi, semenjak terjadinya peristiwa itu..baru la saya sedar..Betapa sabar, kuat semangat, caring (phew..hehe) dan baik hati nyer suami saya ni..hehehe.Nanti ade org kembang lebih2 pulak.

Once dapat tau saya pregnant je, terus datang segala aura alahan. Muntah, pening, mabuk dan macam2 la..Segala makanan yg terindah dulu2 kini jadi paling tak best.huhu.Selama 4 bulan alahan tu ada..Dan paling tip top skali bila pitam dan kena tahan wad..Masuk wad 2 hari, pas tu discharge.Selang sehari pitam lagi.Dan terus kena tahan selama 17hari..wah..bosan yang teramat sangat di hospital.Tapi, badan lemah,tak boleh jalan atau duduk..Just baring jek.Sebabnya? Segala elektrolite dalam badan dah tak da. Bila duduk pun boleh pitam. Nasib baby dalam perut still ada movement dan jantung dia ok.Doktor pun kategorikan penyakit saya sebagai sawan (sebab ada sikit2 simptom.Tapi tak sawan pun.hehe).That time doktor cakap,apa2 terjadi kami akan selamatkan nyawa ibu dulu.Baby selepas itu.Sebab,bila saya asyik pitam.Akan menyebabkan baby kurang oksigen dan kemungkinan lemas.Sangat2 takut dengar time tu okay.(Tak nak la pape terjadi kat baby kan..)

Masa tu la, baru nampak betapa besar nya pengorbanan husband. Setiap hari berulang alik dari rumah-hospital-kerja..Tapi tak pernah merungut..Em,sedih la pulak tiba2.uhuk3..Dengan waktu melawat yang ketat (Hospital Sultanah Aminah,JB), kadang2 husband siap tidur dalam kereta @ kat Masjid Sultan Abu Bakar..kat sebelah je.Masa dan duit habis macam tu je..Tapi nak buat macam mn kan, sakit dan sihat tu datangnya dari Allah s.w.t kan.So,kenala terima dengan hati terbuka..Klu sihat kadang2 kita lupa..

Kandungan 7 bulan. Bersama my Superman!hehe
Lepas keluar wad, saya masuk kerja. Tapi memang tak boleh banyak jalan. Hari2 husband hantarkan. Ni pun pengorbanan dia yang saya tak boleh lupa..Balik keja shift malam terus hantar saya pergi kerja.Balik rumah masak untuk saya.Pastu baru tidur.Pukul 5.30ptg bangun ambil saya. Sampai rumah, makan2..siap2 pergi kerja pukul 7.30 malam..Kalau kerja shift siang, bangun awal pagi siap2 hantar saya dulu, baru pergi kerja..Petang pukul 5.30 @ 6.00ptg ambil saya kat office hantar balik rumah,then terus pergi kerja lagi..Pukul 9.00mlm sampai rumah, rehat2..mandi2..Pastu masak untuk saya bawa bekal esok kerja..Dan berterusan selama 5 bulan lebih..Sangat2 sabar dan tabah.Em..sedih.tak nak cerita lagi..Syik sayanggg abg!!(betul2 ni.bukan main2.hehe).


Penat.Kesian tengok dia tidur.Ni baru balik dari HSA. Tapi, ni selepas baby keluar.hehe

Dan saya hari2 berdoa supaya cepat la baby ni keluar..Mama dah tak larat nak menapak pergi kerja dah.Tapi, Allah ada plan yang lebih cantik dari permintaan saya..Sampai la EDD,baby masih tak keluar2..Lagi la saya give up.Perut dah makin besar.Jalan pun dah tak larat sangat2..Doktor suruh tunggu lagi 6 hari lepas tu terus pergi bilik saringan kat Hospital Sultanah Aminah.Tak boleh pergi lain tempat sebab saya dah ada kes kat HSA. So, tunggu la..Maternity leave pun dah amik.Rasa rugi sebb baby tak keluar lagi tapi cuti dah amik.Tak pe lah. Boleh rehat2 kan.hehe..

Hari yang ditunggu, pagi2 terus pergi HSA.Doa2 dapat la diinducekan hari ni.Masa tu,asyik doa supaya dipermudahkan bersalin jek. Sangat2 takut untuk tunggu saat contraction datang. Rupanya, kena stay satu malam. Esok pagi baru doktor masuk ubat..Haiihhh..(Lega sebenarnya.haha)..

Pagi2 lagi dah bangun. Doktor dan nurse pun dah round. Jam dah pukul 11pagi. Aik, betul ke nak induce ni? Kata pukul 6pagi..Risau sangat2.Sebab tak nak stay hospital lama2.hehe. Datang seorang doktor minta saya pergi labour room. Pakar nak check jantung. Ok!

Smpai sana, doktor check jalan dah buka 3cm.Tapi saya relax lagi..Tak rs pape pun. Doktor scan baby dan ukur perut..Wah,baby besar ni.3.8kg.ukuran pulak 44cm..baby awak besar ni. Tapi tak pe.Kalau awak nak normal boleh.Just follow cakap doktor masa nak bersalin nanti. Tetapi..risiko bahu tersangkut, bahu patah dan koyakan yang agak teruk kat bawah tu memg ada..Gulp!Menakutkan.huhu.Saya pun dengan confident nya cakap..saya nak operate la doktor.Boleh?Yes,boleh.Sebab you pun ada masalah jantung sket.(sejak bila la masalah jantung ni wujud.dulu2 ok jek.huhu). Ok, 4jam dari sekarang you puasa.Balik ni tukar baju.Haaa..terus nk operate ke..Yes,dalam pukul 4ptg kita akan panggil awk..Saya terus sms husband ckp kena operate.Datang sekarang..(happy sebenarnya sebb tak payah tunggu2 lagi nak bersalin.hehe).

Em,nanti saya sambung lagi ye.

Confinement


Hari ni, saya dah habis berpantang (yeay!!)..tapi maternity leave pun dah nak habis..dan??wah..mood kerja?not now pleaseee..hehe..dah ter'syok' bercuti..tk pernah dpt cuti bergaji lama2 cmni..saje nak refresh semula sepanjang berpantang ni..

11 Ogos 2011
Baby lahir secara operation. Decision dibuat last minute.Coz doktor scan baby agak besar estimated 3.8kg dan ditambah pula sy ade masalah jantung (semasa pregnant sj ade tb2). So, masuk OT room jam 4.30ptg dan baby selamat dikeluarkan jam 5.22ptg..wah!!mcm tk caya..time baby keluar tu tergamam..Eh,tu anak sy ke?Berat nye 4.5kg la pulak.Jauh dari yang dijangka kan.huhu..1st time dpt baby kan..Oh,time operate tu sy separuh sedar..nampak dan dengar semua yg berlaku,tp tk rs sakit..takut jugak sebab dengar ape yang diorang cakap..hehe

12 Ogos 2011~14 Ogos 2011
Stay dekat wad..agak boring.Tapi, nak buat camne kan.Bersalin operation. Baby pun kena tahan dekat nursery..At first sebab berat lebih 4kg,ditakuti disebabkan kencing manis.After semua dah ok,baby dihantar ke wad saya..Satu malam bersama,sangat mencabar.Dengan sakit sebab operation ditambah pula parut menegak (normal melintang), dan susu badan belum banyak,baby mengamuk je la satu malam tu sebab lapar..kesian baby..dari pukul 10malam sampai la 7pagi dia mengamuk.Tapi,bagusnya dia tak melalak.Cuma dengus2 kecik je.Alhamdulillah..Pagi2 doktor datang check..Ditekan2 kulit muka baby,alamak..baby ade jaundice la..Patutla tak banyak ragam..Terus kena tahan wad.Kesian dia.Lama juga baby kat wad..Masa ni,baru la rasa sedih sebab baby tak de bersama..

15 Ogos 2011
Saya discharge..Tapi baby kena tahan..Dekat rumah,asyik rasa rindu je kat baby.Rinduuuu sangatt..!.Macam ni rupanya perasaan seorang ibu..Baru ku tahu.huhu..So,amik kesempatan untuk rehat2 sebaik mungkin.hehe.

16 Ogos 2011 dan seterusnya~
Tak ingat bila baby balik rumah..Tapi kepulangannya sangat2 ditunggu..yeay!!hehe..Baby sampai je,terus peluk dan cium2..em,comel dan montel rupanya anak mama ni.hehe..Gambarnya akan ku uploadkan nanti ye. Dekat sebulan juga, adik jaga kat sini..Kesian dia.Semua benda dia buat. Tak pe,ini la pengalaman.Nanti dah teror bila bersalin kan Ngah??hehe.

Sepanjang berpantang ni saya guna set bersalin Tropikal Herb dari Amway.Kebetulan saya ahli,so beli masa ada best promotion.Dapat sport gear..Best!Sesiapa nak order barang Amway boleh la order dengan saya..Dalam set ni segalanya ada..Cukup,tapi saya tk guna semua yg utk luaran sebab luka operation tk baik lg..Siap bernanah lg.(kes renyah sgt la ni.hehe).

Sport Gear (Free Gift)


Tropical Herbs (Amway)

Selain tu ada juga amik Herba Maharani..Bagus utk sistem dalaman wanita.Terutama lepas pantang nanti.hehe. Herba Maharani ni saya order dari Cik Suzilawati Klick.



Herba Maharani

Berusaha untuk fully breastfeed,tapi tidak berjaya..Kerana :
  • Semasa awal2 baby kat nursery sy tak dapt bagi susu badan. Maka, susu formula la yg diberikan.
  • Susu badan belum mencukupi, walaupun memang bagi je kt baby. Sampai la dia ngamuk2, baru topup dengan susu formula. (tak tahan baby menyusu berjam2..lenguh tengkok ngn tangan.macam2 pose dah buat.hehe).
  • Sekarang tengah berusaha!! (Em, termasuk ke dalam point ni ek..hehe)
Semenjak mengandung lagi dah terpasak cita2 nak fullybreastfeed baby dan CDing (Cloth Diaper - Kain lampin moden)..Bersemangat ni.hehe..setelah habis pantang ni baru dapat 3hari fully CDing dan 2hari fully breastfeeding..Yeayyy!!Berjaya..Tapi..collection EBM (Express Breast Milk) tak cukup lagi..Ape nak buat ni?Lagi 2 hari nak naik keje..Sabar2.Cool..Tak keluar kang susu tu.hehe.

Semenjak ade baby ni, macam2 harapan dan impian..dan azam..Erk,ayat tk betul ni.hehe..Tak pe,kita buat satu per satu dulu..Now,dua perkara dah tercapai..Tapi,fully breastfeed ni kena kuat semangat..Husband dah belikan susu S26 plak tadi..Stand by kata nya.hehe..Harap2 nya tk terguna la susu tu.hehe.

Ini gambar baby saya yg monthel itu..sebijik ayahnya..hehe..

2nd day




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...