Sunday, April 15, 2012

Love spent time with Little Nuha Khalesya!

As salam semua,


Lama betul tak update tentang Nuha. Well, since dia semakin bijak dan lincah. Mama tk sempt nak update tentang perkembangan dia. Ouch! Bz with bisness actually.hehe..



5 MONTH


Time ni Nuha dah start nak bangun untuk duduk sendiri..suka buat 'sit up'. kelakar pun ada. haha.











Dan 1st cloth book mama beli kan untuk Nuha. She really love it sampai dok jilat2 dan gigit cloth book tu. 



 









Nuha suka senyum2 dan ketawa once someone balas balik renungan dia. Sometimes sian Nuha renung orang yg tak sudi nak tengok dia. Dia punya la senyum lama2, tp org tu tk tengok pun. Isk..isk.(Ni daddy dia yg selalu tengok tv tak perasan anak dara tengah renung dia).






Finally, we decided to buy a walker for her..Sebab, Nuha suka sangat menyusur sana sini. Agak letih nak angkat dia bawa semula kt tilam. Kejap2 dah kat bawah kerusi. Kejap2 dah bawah meja. Bukan mama yang malas ok,tp tak larat doh.hehe.





Yeppy! I want to go to schoolll!!






6 MONTH


Bulan ni la bulan yang mama tunggu2. Sebab? Nuha akan start solid food!! yeay!haha..Kenapa la mama pulak yang excited kan? Sebab nak tengok how my little girl mamam. hehe.




Start bagi puree pisang..em,sedap! sebab manis2 kan. So,macam mana respon Nuha ??





Nyam2 !!



Siap nak pegang sudu lagi.




Amacam Nuha? Terbeliak biji mata.haha. Terharu tau mama even just lecek2 pisang tu jek.kekeke.


Ini lah frozen food untuk Nuha.




Puree epal merah. Warna bertukar dah. Lambat sangat blend.hehe




Puree sweet potato & betik.




Puri betik ni kena buat banyak sikit sebab Nuha suka sangat!
Nak tengok muka HULK Nuha tak ??Eeeee.. ngeri. Serius !!hahah



 






Juga suka kacau daddy tidur.







Dan suka posing dengan bantal busuk yang tk de cover tu. Masem! haha





Monday, April 2, 2012

Ouch! Sakitnya Belakang !! Help!!

As salam..

Anyone ada tak yang pernah rasa sakit tulang belakang? Adakah ini bahaya?? Jom kita selongkar apa punca sakit belakang dan macam mana nak tau tanda2 sakit belakang kita tu kronik atau tidak..Check it outt !


(Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras)




"DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri."

"Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit."

DARI apa kenyataan yang ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal.

Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.

Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.

Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.

Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing.Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.

Info Kesihatan


Kesan negatif akibat masalah tulang belakang 

1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang



Faktor Diska Tergelincir

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom

* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan 

PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Tahukah anda?

SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.

Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang

Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.

Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.

Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

Menggunakan tilam yang sesuai 
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

Relaks 
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

Gunakan kusyen 
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.



Jadi, kita yang sihat ni perlu take serius tentang sakit tulang belakang walaupun just rasa sakit sikit2. Jangan berlengah. Alternatif terbaik sudah ada, why not dapatkan Premium Beautiful untuk elakkan sakit tulang belakang sedia ada dari terus menjadi serius. Kos perubatan untuk slip disk ini sangat2 mahal. 

Tak rugi labur sedikit wang untuk Premium Beautiful berbanding beribu2 utk kos pembedahan sahaja. Fikir2 kan la.


Asyikin Akashah
013 - 755 8782



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...