As salam,
Hari ni hujan tak berenti..Mudahan segala doa Syik dimakbulkan. Amin!
Ok,pagi2 ni nak share kata2 semangat dari pakar motivasi kami iaitu CDM Kak Ana.
Syukur di pertemukan perniagaan francais ini .
Kenapa ?
perniagaan francais paling cepat mengembang hingga ke tahap infiniti .
Kerana :
melalui konsep " win - win sitution "
Sama - sama bekerjasama , Sama - sama menempuh pahit manis perjuangan , sama - sama berjaya / menikmati dan akhirnya sama - sama menjadi sahabat sejati seumur hidup .
Dan juga Dr Azizan Osman..
'Allah swt adalah Maha Menguasai aturan sekalian petala langit dan bumi, Dia Maha Menggerakkan segala sesuatu, Dia Maha Mengatur rezeki setiap satu makhlukNya, takkan Dia tak boleh uruskan urusan kita dan situasi kita kannn...? Masalahnya most if the time, kita yang tak kuat pergantungan kpdNya dan tidak mintak Dia uruskan urusan kita sebab kita ingat kita pandailah sangat. Doa beb! Doa! Lepas tu baru ikhtiar terbaik mungkin gunakan ilmu dan sistem yg dipelajari drpd mrk yg telah berjaya dgn penuh tawakkal yang Dia pasti bantu! -DAO-'
'Hidup ni memang lah kena fokus & komited untuk capai target kita/ matlamat kita, tapi itu tidak bermakna kita perlu stress dalam "perjalanan" kita ? Apa kata nikmati dan enjoy "perjalanan" tersebut kerana apa yang kita akan pelajari sepanjang perjalanan tersebut serta pengalaman melaluinya adalah lebih mahal & berharga! Enjoy the journey but still focus on your destination! Anda kaya & berjaya! Senyum lebih sikit! :)p -DAO-'
''Masalah bagi ramai orang lain adalah PELUANG bagi orang lain pula menyelesaikannya! Dan setiap MASALAH juga bermaksud PELUANG yang datang bersama rezeki! Itulah sikap seorang usahawan yang berjaya, mengambil peluang bertindak menyelesaikan masalah orang lain, menambah nilai hidup mereka dan dibayar! Contohnya: Dikawasan kejiranan anda yang besar, ramai yg mempunyai kereta, tetapi mungkin tidak ada/tidak banyak kedai atau sesiapa yang boleh cucikan kereta sdgkan ramai org ada kereta tapi tak ada masa, tak ada skill, malas utk cuci kereta. Itu satu masalah tu, apatah lagi jika cuba cuci sendiri dan kereta semakin calar!? Maka ia adalah peluang utk anda yg BERTINDAK utk membantu kejiranan tersebut, mungkin buat cucian rumah ke rumah, atau buka cuci kereta utk org ramai dpn rumah anda atau buka kedai cuci kereta. Jika ada 10,000 kereta di KAWASAN/ WILAYAH/Daerah tersebut dan hanya 100 kereta cuci dpn rumah anda setiap hari dan anda hanya caj RM8.00, maka anda dpt RM800 sehari, RM24,000 sebulan, RM288,000 setahun. Amacam? Dalam Advanced Marketing Power nanti saya ajar bagaimana pula nak jadikan ianya RM1juta setahun! -DAO- '
'9 daripada 10 org yang di luar sana sebenarnya tidak yakin dengan diri mereka! Mereka tidak yakin yang hidup mereka atau tahap kewangan mereka boleh berubah lebih baik dari sekarang! Teruskanlah hidup yg selama ini tak banyak perubahan atau cuba Beri Peluang diri untuk "tengok" apakah yg anda boleh ubah bila ada ilmu, mentor dan sistem!'
0 comments:
Post a Comment