Sunday, June 17, 2012

What is your priority?

As salam,

Selalu tak kawan2 terbaca iklan rumah baru kt surat khabar atau flyers? Mesti pernah kan? Pernah tak kira berapa bayaran sebulan rumah hari ini?

Syik ingat lagi, 3 tahun lepas memang tak terpikir nak beli rumah. Tengok harga rumah, tapi mulut cakap " mahalnya.. Nanti la dah kawen baru pikir." Tu dulu rumah saiz 24' x 75' harga RM120,000++..Tapi sekarang, cari jugak saiz yg sama..RM472,000~ RM 570,000 !! Wah! Tengok harga rumah je bleh gugur jantung.

Pernah berseloroh dengan adik2. rumah sekarang harga dah RM300,000 ~RM500,000 sebijik..luas sama jek. Nanti time korang kerja mesti RM1,000,000 sebijik! Tapi,tak yah tunggu diorang kerja. Ni tengah study pun harga rumah dah brjuta2 sebijik..Macam mana la diorang nak beli rumah nanti kan? Nak harapkan gaji meningkat selaras dengan harga rumah? Memang mustahil..Harga rumah lagi cepat naik,smpai dah tk mampu nk miliki..Sedih rasanya.



Scary ! (Pic. taken from CDM Hanis)

You all rasa selesa?Lega? Yes, kalau income satu rumah lebih RM5,000. Kalau yang kurang daripada tu macam mana? Think about that.

Ni kita baru cerita tentang rumah. Mungkin tak semua orang mampu,tak mengapa.Sekurang2 ada tempat berteduh,tak kisah la sewa sahaja. Now kita cerita tentang ??

SAVING !

Siapa kata penting?? WAJIB! Saving sangat penting selepas insurance. Kenapa penting ?

1. Semasa emergency, duit siapa kita nak guna untuk bayar bil2? Must bear in mind emergency is anytime, anywhere, anyone! (kereta rosak,rumah terbakar, banjir, anak sakit, operation, tak boleh kerja, anak sambung belajar dan macam2.)

2. Kalau kita nak berjaya dan terus kaya dunia akhirat, ELAKKAN BERHUTANG DAN MEMBERI HUTANG! Tetapi sangat digalakkan bersedekah. Kunci rezeki dimurahkan oleh Allah adalah dengan bersedekah ke jalannya. Pasti! Allah beri ganjaran. Jika kita boleh savings, maknanya kita boleh bersedekah seikhlas dan semampu boleh. Disiplin namanya.

3. Usia tua nanti, kita pasti dah tak larat nak kerja. Tapi kalau time muda mudi, ada duit. Semua dihabiskan. Macam mana nak teruskan hidup di hari tua? Anak2? Kalau anak2 kita semua berkemampuan dan bergaji besar tidak mengapa. Kalau yang tinggalkan kita kat kampung sorang2? Pencen? Kalau gaji sekarang besar mungkin kita masih mampu setelah pencen.You all sendiri dah tengok dekat paper harga rumah sekarang berapa. Barang2 lain pun dah naik harga juga kan?Macam mana tu. Lagi la tunggu masa you all dah tua. Tak ke terseksa anak2 nak survive dan tanggung kita lagi? 


INSURANCE

Yang ni pulak antara perkara paling penting dalam list Syik. Kenapa ?

1. Even kita menjaga kesihatan seketat yang boleh, tanpa skip pape. Kita masih perlukan insurance. For me,  life insurance and medical card. MUST ! Sakit ni kita tak boleh nak jangka,sebab ianya berlaku dalaman. Kita pulak jenis yang suka abaikan simtom2 penyakit berbahaya ni. Setuju? TAK?? Kalau demam, or batuk berterusan. Adakah you all terus pergi check? Tak kan? Banyak kes yang serius trjadi kerana pengabaian simtom2 yang kecil2 ini. Masa tu mana nak cekau duit nak bayar itu ini. Kalau dah serius, pasti akan melibatkan kos2 yang besar..Ambil contoh kanser payudara yang serius. Apabila dikesan, pasti akan dibuang bahagian yang terkena kanser. Kemudian pasti diikuti dengan kemoterapi. Then? What happen? Tak boleh kerja. Pergi hospital selalu (tak pakai duit ke?).Anak2 masih bersekolah. Gaji satu rumah kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Apa jadi kawan2 ??

2. Persekitan yang tidak sihat. Pencemaran, gaya pemakanan, kesibukan kerja, semua tu menyumbangkan kepada pelbagai penyakit. Kita pula jenis tak ambil apa2 supplement. Lagi lah.

3. Kemalangan. Ini lagi lah kita tak boleh jangka. Sebaiknya elakkan lah. Tapi seandainya berlaku, you all harus pikir. What happen next? 

Macam mana insuran bantu?

1. Bila kita disahkan mempunyai penyakit berbahaya atau kemalangan serius. Sekurang2nya pampasan dari insuran itu dapat meringankan beban untuk sara keluarga. Kita sakit, tapi ramai lagi yang perlu teruskan hidup. Betul? Untuk diri kita sendiri pula, rawatan di hospital dibayar menggunakan medical card. Tidakkah ini membantu you all? 

2. Sekurang kurangnya, savings kita yang bertahun2 tu dapat digunakan untuk keperluan lain. Ringan tak beban anak2 dan suami/isteri??


Jadi, apa yang perlu kita buat untuk menstabilkan ekonomi keluarga kita?



Ini lah masanya untuk kita berhempas pulas mencari rezeki lebih. Kita sudah tau dalam Islam juga telah menyatakan bahawa 9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga. Tapi, you all harus tahu, 9/10 daripada peniaga itu GAGAL ! SEBAB??

Tiada Ilmu.
Tiada Mentor.
Tiada Sistem.
Tiada Tindakan.

You all nak buat bisness, tapi nak income gemuk2. Secara logik, wajar tak keluarkan modal RM10 tapi dapat income beratus ribu sebulan sambil goyang kaki?? Orang jual pisang gorang pun modal lebih dari itu. Malah perlukan masa yang lama untuk dapat monthly income ribu2. Lagi lah kalau nak dapat ratus ribu sebulan. Pasti modal kena besar! Ilmu pun kena banyak. Sistem kena la bagus. Baru berjaya.Yelah,nak buka cawangan satu Malaysia kan? Tak kan dapat buka kedai free je. Fikir secara rasional ok.

Bagi yang pening fikir bisness apa nak buat. Macam mana nak manage kedai. Macam mana nak jaga akaun keluar masuk, macam mana nak pusing modal, maintain keuntungan,nak bayar pekerja, kawal pekerja, bayar bil elektrik, bil air, sewa kedai, perbelanjaan rumah dan macam2. Why not you all open your mind, your heart, to hear how we all doing this Premium Beautiful Bisness !

First, just make appointment. Dengar. Then you decide. Dalam bisness ini, semua ilmu disediakan. Produk sangat2 berkualiti tinggi dan diiktiraf sebagai "SUPERBRAND". Ramai yang pakai dapat kesan yang baik.

Tak perlu pikir macam mana nak habiskan stok sebab modal yang kita keluar adalah sekali seumur hidup tapi kita boleh kembangkan bisness kita ke seluruh Malaysia . Dengan TEAMWORK! Tanpa bayar sewa kedai, bil letrik, bil air, bayaran iklan, bayar pekerja dan sebagainya. Jimat!

Income unlimited. Jika kita gandakan usaha kita, maka berganda la income kita, juga berkembanglah network kita. 

Dapat ilmu yang sangat berguna dari leader2 yang mempunyai income kalau sebut kat sini nnti dikatakan berlagak pulak kan. Tapi ini lah realitinya, income ratus ribu dan juga million per month !! Mereka share dengan kita face to face dalam mjlis ilmu. Bantu kita. Beri semangat. Kan best kalau kat office bos pun bg strategi dan semangat untuk dapat gaji sama macam dia kan? Malangnya, position itu hanya satu dan dia saja  yang paling layak dan tidak boleh dishare! Ouch! Tapi bisness ini, kita dapat rasa apa yang leader kita rasa sekarang. Just follow step by step. Macam baby, step by step. Golek2 dulu, meniarap,merangkak, berjalan dan berlari ! Setuju?

Susah? Tak ada masa? Once kita dah decide nak buat bisness, awalan memang la sedikit susah. Tapi jika dapat imbuhan yang berbaloi2, malah melebihi modal yang kita keluarkan? Dapat macam2 reward lagi. Lagi la bersemangat kita nak berbisness kan? Kita kerja seharian pun penat jugak kan. Tipu la kerja tak penat. Mana majikan nak bagi gaji buta je kan? Rugi la. So, sama juga dalam bisness ini. Bezanya, penat lelah kita tu hasilnya tak pernah terlintas difikiran kita lah. 

Nak tau? Just make appointment with me.  


 Asyikin Akashah
013-755 8782










0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...